KUCING KESAYANGAN MATI | TIADA LAGI CHICCO DI SISI

KUCING KESAYANGAN MATI | TIADA LAGI CHICCO DI SISI. Assalamualaikum. Baru ada kekuatan emosi nak bercerita mengenai ketiadaan Chicco. Selama ini, Cik Rose dalam fasa menafikan. Tak dapat menerima pemergian Chicco. Bukan apa, inilah pertama kali Cik Rose berhadapan dengan situasi ini. 



Sejak kecil, Cik Rose ni seorang yang takutkan kucing. Memang takut nak dekat, apatah lagi nak memegang kucing. Tak berani. Takut kena cakar, gigit dan sebagainya. Jadi, bila rasa takut tu dah hilang pada usia 32 tahun, Cik Rose terus berubah jadi seorang pencinta kucing. 


Apa yang mengagumkan buat diri Cik Rose sendiri, kesemua anak-anak (baca : kucing) lebih memilih Cik Rose dari suami. Sedangkan suami yang bawa balik/ beli mereka. hihi. Semuanya lebih rapat dengan Cik Rose. Nak makan, nak tidur, nak bermain semuanya cari Cik Rose. hihi. 


Masa ni Chicco baru di bawa balik ke rumah. Cik Rose letak dalam sangkar dahulu. Tapi, sekejap je. Sebabnya Chicco mudah mesra dan anak-anak yang lain pun tak garang dengan Chicco. 


Cik Rose ada cerita perihal Chicco dalam entry di bawah ni : 

CERITA CHICCO


Cik Rose beri nama Chicco D'Fluffy. Panggilan manja, Chicco. Chicco ni berbaka British Short Hair. Berwarna bicolor. Pertama kali Chicco di rumah adalah pada 10 Jun 2022.Waktu tu Chicco berusia 3 bulan. Alangkah gembira kami suami isteri saat Chicco hadir. Chicco adalah anak ke empat Cik Rose, selepas Kitty, Muffin dan Layla. 


Chicco ni memang manja sangat. Lincah bermain. Dia cepat mesra dengan adik beradik yang lain. Aktif bermain kejar-kejar, panjat meja, main langsir. Aksi-aksi tu yang buat Cik Rose rindukan dia.Chicco juga bukan jenis memilih makanan. Makan je apa yang di beri. Kalau time makan treats, Chicco lah yang paling happy. Sampai duduk atas riba, sebab nak makan treats lebih. 


Tahap sayang kepada mereka, Cik Rose boleh berkongsi tempat tidur, berkongsi makanan dan minuman dengan mereka. Jadi, bila Chicco pergi, Cik Rose memang terkesan sangat. Chicc pergi tanpa Cik Rose dan suami tahu apa penyakitnya. Pergi dengan tiba-tiba.


Chicco meninggal pada 06 Oktober 2022, pada usia 7 bulan. Chicco hanya sempat bersama Cik Rose dalam tempoh 4 bulan sahaja. Petang 06 Oktober 2022 iaitu pada hari Khamis, Cik Rose balik kerja. Hari Khamis, Cik Rose balik awal dalam pukul 3.30 petang. jadi, Cik Rose sampai rumah dalam pukul 4.00 petang macam tu. Setibanya di rumah, macam biasa semua anak-anak dah menanti di pintu hadapan. Cik Rose jadi pelik bila tak ada Chicco di situ. Selalunya, keempat-empat mereka menunggu. 


Cik Rose bertanyakan suami yang kebetulan  baru tiba juga di rumah. Suami cakap mungkin tidur kot. Nak tahu tak Cik Rose terus tanya di pintu tu juga. Stokin pun  belum buka, inikan pula tudung. 


Bila suami cakap tidur kot. Cik Rose terus ke sliding door. Sebab Cik Rose nampak tubuh Chicco di situ. Dari jauh, hati ni sedikit lega sebab nampak gaya Chicco tu memang gaya dia tidur. Tapi, Cik Rose tersentak bila nak angkat Chicco. Chicco dah tak bernafas! Cik Rose panik dan panggil suami. Suami datang, dan tengok. Ya, benar. Chicco dah tak ada. Berjurai air mata Cik Rose jatuh. Chicco... Kenapa tak tunggu Ieja. Cik Rose menangis sambil bercakap dengannya. 


Sedih di hati, siapalah tahu. Cik Rose terkejut. Suami terus bersiap nak tanam Chicco. Sempat Cik Rose capai tudung bawah berwarna putih untuk membaluti tubuh Chicco. Moga Chicco bahagia di sana. Terima kasih Chicco kerana menemani hari Cik Rose. 


Untuk makluman, Chicco dah lengkap vaksin. Cik Rose memang tak tahu punca Chicco pergi. Di sini, Cik Rose nak kongsikan aksi-aksi Chicco sepanjang di rumah. Buat kenangan untuk diri sendiri. Cik Rose bimbang lama-lama gambar Chicco akan hilang jika hanya simpan di handphone. 



Pada mulanya, Cik Rose dan suami letakkan Chicco dalam sangkar. Takut belum serasi dengan anak-anak yang lain. Sangkaan kami meleset. Sekejap je Chicco dalam sangkar. Chicco mudah mesra dan anak-anak yang lain juga tak garang terhadap Chicco. Jadi, kami ambil keputusan bebaskan Chicco di dalam rumah macam yang lain-lain. Happy bukan main kami semua masa ni. 




Time Cik Rose balik kerja, memang semua akan serbu Cik Rose. Belum sempat buka tudung dan salin baju, semua dah minta nak makan treats. hihi. Yang tidur pun akan jadi segar time Cik Rose balik kerja. Berbeza kalau suami yang balik. Semua tidur dan buat macam biasa. 




Tengoklah tu. Dah penat bermain, Chicco pun tidur. Tak kisah, tidur di mana-mana. Masa ni Chicco bermain dekat kabinet tv. Ada program badminton masa ni, apalagi Chicco dok mengejar bulu tangkis tu. Last-last dia tertidur. hihi.


Dimana ada Cik Rose, di situlah Chicco berada. Memang duduk je di sisi Cik Rose. Jadi peneman. Manja sangat. Manalah Ieja tak rindu. Oh ya, panggilan Cik Rose pada anak-anak adalah Ieja. 



Memang Cik Rose akan letak toto di ruang tamu. Sebab anak-anak ni kadang-kadang akan tidur depan tv, kalau Cik Rose tengah tengok tv atau main handphone. Memang akan berkumpul je dekat ruang tamu. 




Alah, alah Chicco. Tidur pula atas katil. Situasi ni kalau Cik Rose di biliklah. Contohnya Cik Rose solat atau berbaring, memang semua akan naik juga atas katil dan tertidur. 


Masa untuk makan. Yihaa, I like. Elok je makan secara berjemaah. Selalunya Muffin yang akan menjadi wakil mereka untuk minta makan. Bila dah letak makanan, kesemua sekali akan makan sama-sama. Elok je tertib. 



Tengah malam pun onz kalau nak makan. Tak ada waktu spesifik untuk makan. kalau dorang lapar, Muffin akan datang pada Cik Rose atau suami minta letakkan makanan. Jadi, kesemuanya akan datang makan sama-sama. 


Jom makan. Nyummy nyummy. Cik Rose selalu cakap macam ni kalau nak panggil dorang makan. " Sape nak makan, angkatlah tangan. Nyummy nyummilicious nyaaa" 



Gambar kat bawah ni pula, kalau time semua kenyang. Walaupun ada makanan, mereka takkan makan kalau dah kenyang. Bijaklah anak-anak Ieja ni. Tengoklah Chicco tu duduk mana. Mesti nak duduk dekat dengan Ieja!


Beberapa keping gambar Chicco yang sempat Cik Rose ambil. Konon ala-ala photoshoot lah. 123 senyum :)


Lepak dulu atas katil. Seronok duduk atas katil, empuk. Sejuk kipas lagi :)


Main tangkap tikus pulak. hihi. Cerdik tau meow zaman sekarang ni. Nak juga hiburan. Sesekali ieja bagi tengok tikus-tikus bergerak di youtube. Selalunya memang Muffin dan Chicco je yang nak main. Kitty dan Layla tak berapa minat tengok handphone. 


Ambil gambar lagi. Kalau Chicco duduk elok je macam ni, memang Cik Rose suka ambil gambar dia. Buat kenangan, pengubat rindu. 



Oklah, Chicco dah ngantuk ni. nak tidur dulu. Chicco ni memang mudah mesra. Tak kira dengan siapa, dia boleh masuk. Dengan Kitty ke, Muffin ke, Layla ke, dia onz jer. 

Elok je tidur dengan Kitty atas katil masa ni. 


Masa ni pulak tidur dengan Muffin atas toto. Comel je berdua. 


Ambil angin malam sekejap. Kalau time rehat-rehat dekat balkoni macam ni, Cik Rose memang akan teman. Walaupun dah pasang jaring hijau tu, Cik Rose bimbang kalau mereka melompat. Manalah tahu tiba-tiba da burung ke apa kan. Risau. jadi, lebih baiklah Cik Rose duduk sekali kat sini. hihi. 


Alahai, renungan mata Chicco buat Ieja cairlah. Hihi. Tak boleh berenggang langsung. Chicco memang ikut je Cik Rose duduk mana. 


Senyum 123. Pandailah Chicco ni. hihi. 


Rehat sekejap. Relaxkan minda. 


Emmm Chicco ngantuk ni Ieja. Ok, Chicco tidur dulu kat toto ni. Nanti Ieja angkat masuk bilik ya., Kita tidur atas katil pula :)



Masa berlalu, usia Chicco bertambah. Chicco pun membesar dengan jayanya. Ieja sayang Chicco!


Tidur kejaplah atas kerusi. Selalunya Chicco tidur atas kerusi kalau Cik Rose duduk main handphone kat sini. hihi.


Teman Abang Kitty kejap. Mana tahu, kalau Abang Kitty bagi duduk dalam kotak pulak. hikhik. 


Santai-santai dulu. Ieja is geram dengan kegebuan Chicco. Nomey-nomey Ieja ni. 


Duduk kejaplah kat sini. Biar Ieja tengok aye je. Tak payah tengok tv tu. hihi. 


Macam biasa, posing dulu :)


Bergambar dulu dengan anak-anak. Alhamdulillah, ada gambar berlima. Terima kasih suami sebab sudi melayan permintaan isteri nak merakamkan kenangan bersama macam ni. Kasih dan sayang Ieja untuk Kitty, Muffin , Layla dan Chicco sama sahaja. Sama banyak, love uols!


Petang-petang, santai dulu di balkoni. Ambil angin sambil tengok budak-budak main kat bawah. Eh Muffin tidurlah. hikhik.


Main panjat langsir dulu. Layla rajin melayan. Eok je berdua main. 


Arghhhh aye ngantuk sangat. Penat main tadi. hihi.


Comel tak aye tidur? Mestilah comel! Ieja love!



Chicco pergi tinggalkan Ieja. 06 Oktober 2022, hari Khamis. Chicco dah kaku. Chicco, Ieja rindukan Chicco. 


Selamat tinggal Chicco. Segala memori bersama Chicco akan sentiasa di hati Ieja. Chicco tetap anak keempat Ieja. Adik kepada Abang Kitty, Abang Muffin dan Kakak Layla.

Sekarang Chicco dah ada adik iaitu Adik Layli dan Adik Leyyo. Chicco jugak dah ada anak saudara, Abby. 



Cik Rose ada juga google kenapa kucing boleh mati secara tiba-tiba atau mengejut. Banyak sebabnya yang Cik Rose jumpa. Cik Rose kongsi di sini ya. 


KENAPA KUCING MATI SECARA MENGEJUT?

Berikut adalah penyebab kucing tiba-tiba mati secara mengejut. 

1. Toksin/racun

Salah satu penyebab kucing tiba-tiba mati adalah menelan dan/atau terkena racun dan ubat-ubatan.Ini merupakan masalah lain yang lebih umum pada kucing outdoor, tetapi juga boleh terjadi pada kucing indoor.


2. Penyakit jantung

Penyakit jantung juga bolehmenyebabkan kucing tiba-tiba mati secara tiba-tiba.Mungkin ada sedikit atau kadangkala tidak ada tanda peringatan terhadap hal ini.Kucing dapat terlihat normal, menyembunyikan gejalanya dengan baik, dan dengan cepat keadaannya semakin buruk hingga akhirnya menunjukkan tanda-tanda penyakit.

Biasanya, sejumlah kucing yang mengidap penyakit jantung akan mengalami kesukaran bernafas atau kesukaran menggunakan kaki belakangnya sambil merintih kesakitan.


3. Penyakit ginjal kronik

Penyakit ginjal kronik merupakan masalah yang sangat umum pada kucing dan boleh menyebabkan mereka mati secara mengejut.Ketika ginjal gagal, mereka tidak lagi dapat mengeluarkan bahan buangan (air kencing/najis) yang mengarah pada pengumpulan racun dalam darah.


4. Jangkitan

Jangkitan berat, umumnya dikenal sebagai septik, dapat menyebabkan kucing tiba-tiba mati mendadak.Gejala progresif yang ditimbulkan di antaranya seperti: lesu, anoreksia, penurunan berat badan, dehidrasi, demam, dan kematian.


5. Trauma

Salah satu penyebab lain yang umum ketika kucing tiba-tiba mati mendadak adalah trauma.Hal ini selalu terjadi pada kucing outdoor, namun dapat terjadi juga pada kucing indoor. Contohnya jatuh dari tempat tinggi, hampir dilanggar kereta, bunyi yang kuat dan banyak lagi. 


Moga Cik Rose dan semua yang pernah kehilangan kucing akan dapat menerimanya dengan baik dan tabah. Sedih memang sedih, siapa yang tak sedih kan. Namun, kehidupan harus diteruskan. Bukan mudah untuk Cik Rose move on. Ambil masa yang lama. 







Post a Comment

2 Comments

  1. Memang susah nak terima nak terima kenyataan bila jadi camni. Walaupun cuma bagi makan je tak belai lebih-lebih pun berjujuran air mata keluar. Inipun pula yang kita belai..kita manja selalu ada depan mata.

    Sabar ye rose.. inilah yang dirasai oleh setiap orang yang pelihara si comel tu

    ReplyDelete
  2. Cik nor pernah alami apa yang Cik rose rasa..kucing2 kesayangan cik nor mati 7 ekor dalam masa 2 minggu kena serangan virus parvo. masa tu tinggal ibu2 mengandung jer. memang dah tawar hati nak bela kucing tapi teruskan jgk sebab ada ibu mengandung dan bakal melahirkan anak bila2 masa sahaja. Sedih tak payah cakap la..tiap2 malam mengalir air mata..huhu

    ReplyDelete