5 SEBAB KUCING MATI SECARA MENGEJUT.
Kehilangan. Itulah yang paling ditakuti oleh semua pencinta haiwan. dalam entry kali ini, Cik Rose fokuskan kucing. Siapa yang tak sayangkan haiwan peliharaan kan? Setiap hari bersama, beri makan dan minum, bermain bersama, menjadi peneman, teman berbual. Hubungan menjadi rapat.
1. Toksin/racun
Salah satu
punca kucing mati megejut atau secara tiba-tiba adalah tertelan dan/atau
terdedah kepada racun dan dadah.
Ini adalah
satu masalah yang biasa pada kucing luar, tetapi ianya boleh juga berlaku pada
kucing indoor.
2. Penyakit jantung
Penyakit
jantung juga boleh menyebabkan kucing mati secara tiba-tiba. Mungkin akan
terdapat sedikit atau langung tiada tanda maran untuk penyakit ini.
Seekor kucing boleh kelihatan normal sahaja, dan menyembunyikan simptomnya dengan baik. Juga boleh menjadi lebih teruk sehingga akhirnya menunjukkan tanda-tanda penyakit.
Kebiasaannya, sesetengah kucing yang menghidap penyakit jantung akan mengalami kesukaran bernafas atau sukar menggunakan kaki belakang sambal mengerang kesakitan.
3. Penyakit ginjal kronis
Penyakit
buah pinggang kronik adalah masalah yang sangt biasa pad akucing dan boleh
menyebabkan mereka mati secara tiba-tiba.
4. Infeksi
Jangkitan
yang teruk, biasanya dikenali sebagai sepsis, boleh menyebabkan kcuing mati
secara tiba-tiba.
Gejala progresif termasuk – kelesuan, anoreksia, penurunan berat badan, dehidrasi, demam dan juga kematian.
5. Trauma
Satu lagi
punca biasa apabila kucing mati secara tiba-tiba ialah trauma. Ini lebih biasa
berlaku pada kucing luar, namun turut berlaku pada kucing indoor.
0 Comments