BUKAN SENANG NAK MASAK SAMBAL SOTONG YANG SEDAP

BUKAN SENANG NAK MASAK SAMBAL SOTONG YANG SEDAP.| Assalamualaikum. Cerita makanan lagi. Sambal. Nampak simple, senang. Tapi, tak semua orang boleh masak. Walau resepinya sama, tapi kejadian sambalnya lain kan. Warna dan rasa pasti berbeza. 


Cik Rose sendiri masak, lain rasanya dengan yang arwah Mak masak. Maaf Cik Rose memang dalam kerinduan terhadap arwah Mak. Bila cerita bab masak, lagilah rindu. Mak memang pakar bab masak. 


Kalau anda ada baca post tom yam Cik Rose baru-baru ni, post ini kesinambungan bagi cerita hari tu. Lauk Sambal Sotong ni di masak oleh anak saudara Cik Rose, Dania pada hari yang sama. Thank you Dania. Melayan tekak Ieja. 



Cantikkan kejadian sambal sotong ni? Cik Rose makan hari tu, dan yes. Sedap! Walau mulut pahit-pahit sebab tak sihat, Cik Rose masih boleh menikmati rasa sambal sotong ni. 


Alkisahnya pagi tu, Cik Rose ke pasar. Beli lauk untuk di masak. Geram tengok sotong dan udang segar-segar! Tak dapat di tempat Cik Rose tau. Tu yang beli sotong dan udang. Jadinya, sotong di buat sambal, manakala udang pula buat goreng tepung. Alhamdulillah. 



~ Jangan menilai hanya dengan pandangan mata sahaja. Kadang-kadang apa yang kita lihat bukanlag keseluruhan cerita. Jangan juga pentingkan diri hingga mengabaikan perasaan orang di sekeliling kita.


Post a Comment

1 Comments

  1. lagi susah kalau masa sambal tumis sotong kering.. banyak kali dah saya beli suruh isteri buat, tak jadi.. sotong jadi liat sangat.. tak sure macam mana orang lain masak boleh jadi lembut..

    ReplyDelete