MINUM PETANG BERSAMA SI DIA SAMBIL BERCERITA

MINUM PETANG BERSAMA SI DIA SAMBIL BERCERITA.| Assalamualaikum. Wah tajuk tak nak kalah. Minum petang bersama si dia sambil bercerita. Siapakah si dia? Cerita apa pula petang-petang hari di cafe?


Kadang-kadang kalau suami ada kesempatan ambil Cik Rose dari tempat kerja, kami tak balik terus ke rumah. Ada sahaja tempat yang dituju. Melencong sekejap. Kali ni nak cerita tentang basahkan tekak. Sekali -kala ke cafe minum kopi, boleh berbual-bual sebentar. 


Ada sahaja cerita yang hendak diluahkan. Kadang-kadang kita ni orang perempuan, hanya nak orang mendengar luahan kita. Tak bagi solusi pun tak apa. Asalkan dengar. Baru bersemangat kita nak bercerita. 


Tapi, kalau time kita bercerita si dia main handphone, atau pun acuh tak acuh, mulalah tak ada mood nak teruskan cerita. hihi. Normalkah Cik Rose? Dan kalau kita bercerita, si dia tak mengiyakan, sebaliknya macam membangkang, hmmm terus mood berperang on. Hikhik. Ada yang sekapal dengan Cik Rose?


Kami order kopi ais dan popia petang tu. Minum petang Dagan Cafe (Rengit Coffee). Kopinya memang A. Alhamdulillah, sedap. Kena dengan selera. Gelasnya besar kan. Jenuh juga nak habiskan. Kalau order sejuk, beginilah gelasnya. Besar. Kalau panas, cawannya nice sahaja. 




Selagi ada kesempatan bersama, jangan sia-siakan. Isikan masa yang ada dengan sebaiknya. Jangan kita menyesal di kemudian hari. Atau mula merindu. 

Post a Comment

0 Comments