CARA MASAK TOMYAM PALING MUDAH DAN SENANG DI RUMAH.| Assalamualaikum. Masakan di rumah adalah masakan paling sedap bagi Cik Rose. Rindu air tangan arwah Mak. (AlFatihah).
Baru-baru ni Cik Rose ada balik kampung. Masa tu, Cik Rose tak berapa sihat. Demam, batuk dan semput. Pakej ya penyakit tu datang. Datang cepat, lambat nak pergi. Jadi, tekak ni macam tak sedap je bila makan. Tak berasa apa di lidah.
Apalagi, bila di kampung Cik Rose ni meraplah anak saudara. Minta dia masakkan. Menunya adalah tomyam. Dah terasa-rasa di tekak ni. Nak yang pedas, masam dan panas-panas. Jadi, Cik Rose request pada anak saudara tomyam. Sejak arwah Mak tiada, anak saudara Cik Rose nilah yang memasak. Dania yang masak untuk ayah Cik Rose (atok) , abang Cik Rose (Pak Ngah) dan anak-anak saudara yang lain.
Inilah hasil Tom Yam special air tangan Dania :
Penuh isi ya Tom Yam ni. Tom Yam Ayam. Cik Rose tak nak hidupan laut kali ni. Jadi, Dania letak ayam dan sayur-sayuran sahaja. Rasanya? Emmm sedap. Alhamdulillah. Terima kasih Dania.
CARA MASAK TOMYAM PALING MUDAH DAN SENANG DI RUMAH
Dania guna dua perencah Tom Yam Adabi. Letak ayam yang dipotong kecil, carrot, kobis bunga, jagung muda, tomato dan cili api. Mudah kan? Yer, Cik Rose cakap memang mudah. hihi. Tapi, air tangan tu tak sama.
Bersyukur masih dikurniakan nikmat kesihatan. Alhamdulillah. Bersyukur di kelilingi keluarga yang baik-baik.
Terima kasih ayah, kakak, abang, adik dan anak-anak saudaraku.
0 Comments