DRAMA RUMAH TANPA LUKA LAKONAN SHUKRI YAHAYA DAN ERYSHA EMYRA

DRAMA RUMAH TANPA LUKA LAKONAN SHUKRI YAHAYA DAN ERYSHA EMYRA.|Drama adaptasi novel Rumah Tanpa Luka karya Ezza Mysara akan mengisi slot MegaDrama di Astro Ria bermula 1 September, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. 




Sinopsis Rumah Tanpa Luka

Dalam kepayahan hidup, Kalsum tetap berkorban untuk menjaga Rose Ameena biarpun dirinya dibuang keluarga. Kehadiran Qiuzi ibarat memberi sinar baru di dalam hidupnya, namun semua hanyalah sementara dek kemunculan kerana semula Hayden Hayyan.



"Rumah Tanpa Luka" berkisahkan Kalsum, yang dibuang keluarga kerana menjaga Rose Ameena, tetapi kehidupannya yang kelabu berubah apabila bertemu dengan Ahmad Qiuzi, seorang lelaki yang membantunya. Namun, konflik timbul dengan kehadiran Hayden Hayyan, membangkitkan luka lama, dan persoalannya adalah sama ada Kalsum akan menemui "rumah" di mana dia boleh pulang tanpa derita.


Ringkasan Cerita:
  • Kalsum menempuhi kehidupan yang sukar setelah dihalau keluarga kerana komitmennya untuk menjaga Rose Ameena.
  • Hidupnya yang kelabu berubah dengan kehadiran Ahmad Qiuzi, yang dianggap seperti "penyembuh".
  • Namun, kehadiran semula Hayden Hayyan merumitkan keadaan dan membangkitkan luka dari masa lalu.
  • Kisah ini menyoroti perjuangan Kalsum dalam mencari sebuah "rumah" yang bermakna, bukan sekadar binaan fizikal, tetapi juga tempat yang menenangkan jiwa dari segala derita. 

Watak Pelakon 
Erysha Emyra sebagai Kalsum
Shukri Yahaya sebagai Qiuzi
Nadhir Nasar sebagai Hayden Hayyan
Naura Arissa sebagai Rose Ameena
Hajjar sebagai Dahlia
Kismah Johar sebagai Nek Rogayah
Ziela Jalil sebagai Datin Normala
Syean Mokhtar sebagai Datuk Zaid
Hafreez Adam sebagai Amril
Yuna Rahim sebagai Naira
Hanan Adraa sebagai Dewi
Zaefrul Nordin sebagai Ibrahim
Aziz M.Osman sebagai Pak Yasir
Rasya Sofea Dean  sebagai Syakira
Raja Azmi sebagai Hajah Kamilah

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Arah Cinta Sejati
Penyanyi: Aina Abdul & Fadhilah Intan
Lirik: Hendro Djasmoro

Sinopsis Novel Rumah Tanpa Luka

Kerana mempertahankan Rose Ameena, Nik Kalsum dibuang keluarga. Dalam kehidupannya yang penuh warna kelabu,

Nik yang garang dipertemukan dengan Ahmad Qiuzi yang tenang. Lelaki itu tak ubah seperti sebungkus ubat yang menyembuhkan. Tapi sayang kerana kehadirannya tak cukup untuk jadi penawar luka di hati Nik.

“Perut saya rasa tak selesa.” Ahmad Qiuzi“

Kenapa tak selesa? Salah makan ke?” Nik Kalsum“

Salah awak. Sebab setiap kali saya tengok awak, saya rasa macam ada rama-rama berterbangan dalam perut saya.” Ahmad Qiuzi.

"Setiap kali saya tengok awak pula, dalam perut saya macam ada zoo! Ada Gajah, ada Badak, ada Singa, ada Harimau. Semuanya macam nak keluar dan pijak awak!” Nik Kalsum

Kehadiran tetamu dari masa lalu merumitkan isi cerita. Tempoh tujuh tahun terlalu lama untuk mengutip sebuah kemaafan.

"Untuk kali ni saja, tak boleh ke kalau Nik pandang abang dengan cara berbeza? Abang bukan lagi Hayyan yang dulu.” Hayden Hayyan.

"Maaf kerana aku tak menerima tetamu dari masa lalu.” Nik Kalsum.

Hati kita sering dipatahkan dari dalam. Dari orang yang kita simpan dalam hati. Terlalu banyak kebahagiaan yang perlu dibayar dengan air mata.

“Mampu ke awak hadiahkan sebuah rumah tanpa luka untuk saya?” Nik Kalsum.

Rumah itu tak selamanya tentang dinding atau atap. Adakalanya rumah itu tentang hidung, mata, telinga, mulut yang membuatkan kita ingin pulang.

Mampukah Nik memiliki sebuah rumah untuk dia pulang tanpa ditemani derita?

Post a Comment

1 Comments