PETUA RAMBUT GUGUR 2




Dalam entry YANG INI, saya bagitahu yang saya memang ada masalah keguguran rambut kan. Macam-macam dah saya cuba. 

Ada kawan yang kata bila rambut kita panjang, memang senang gugur. Jadi, saya pun potonglah rambut sikit. Bila dah potong sikit, macam tu jugak gugurnya. Memang sedih bila tengok rambut sendiri gugur tau. 

Macam-macam shampoo dah saya guna. Pantang tengok iklan shampoo kat tv, mulalah rasa tergoda nak cuba. Sama jugak. Ada yang jadi lagi teruk pula. huhu. Shampoo yang pernah saya guna, rejoice, pantene, safi, clear dan sunsilk. Cuma sunsilk yang hijau tu je ok sikit.

Ada pula yang bagi petua tradisional. Macam-macam petua.  Antaranya :-

1. Ambil lendir daun lidah buaya, pastu sapu pada rambut hingga kulit kepala. (yang ni tak dapat nak cuba, sebab tak jumpa pokoknya).

2. Ambil daun bunga raya. Ramaskan , kemudian bila dah keluar lendir, ambil sapu kat kulit kepala. (tak cuba jugak sebab susah nak cari)

3.Ambil hampas kelapa gosokkan pada kulit kepala. Buat 3 kali seminggu. (pun tak cuba, malas nak beli kelapa kat kedai. hihihi)

4.Ambil limau purut. belahkan, kemudian gosok kat kulit kepala sampai ke rambut sekali. kemudian baru bilas dengan air. (ha, yang ni saya cuba. memang berkesan. buat 3 kali seminggu. Masa amalkan petua ni memang kurang dah rambut saya yang gugur.

Tapi, selain petua tradisional ni saya pun kena cari shampoo yang sesuai untuk saya. Untuk menguatkan akar rambut agar tak mudah gugur. 

Satu hari, saya ada terbaca kawan saya post kat fb, dia beli shampoo ni:

SCHWARZKOPF

 Rambut dia jadi lembut sangat. Reaksi saya bila baca, "eh ada ke shampoo jenama ni kat supermarket? " hihi. yelah, tak pernah dengar kan.  Saya pun terasa nak mencuba. Saya  pergi Giant dan cari shampoo tu. Wah, ada macam -macam jenis pula. Saya pun bacalah satu persatu. Last-last, saya pilih yang ini :-







Alhamdulillah, shampoo ni berkesan untuk rambut saya. Bila pakai ni rambut saya jadi lembut. Dah kurang rambut gugur. Adalah sehelai dua yang gugur. Shampoo ni untuk menjadikan rambut kuat dan bersinar.. Cubalah kawan -kawan. Mana tahu berkesan jugak untuk anda. Ni saya beli kat Giant, harga dia RM 12.90. Kalau kat tempat lain tak tahulah. Tapi kadang-kadang kat Watson atau Gardien lagi murah kan?. .



p/s : Iklan tak berbayar. hihi. Saya hanya berkongsi je keberkesanannya. Bukan nak promote produk ni. hihi.







Post a Comment

62 Comments

  1. aku beli ni utk tunang aku...
    tak tahu la berkesan ke tak...

    haha.

    ReplyDelete
  2. Kakak tak pernah jumpa shampoo inilah Ros. Nak cuba carilah juga sebab kakak pun ada masalah rambut gugur.

    ReplyDelete
  3. sally pakai jugak...tp yg untuk anti dandruff...so far ok la...tak la hilang semua...atleast kurang sikit...Giant murah!! Guardian aritu RM 16.90 :)

    ReplyDelete
  4. ooh..yeker..ala kat labuan xd giant..

    ReplyDelete
  5. cam menarik jer...erm..
    ros, syampoo ni boleh lebatkan rambut tak, sebab akakpun ada masalah keguguran rambut dan sekarang cam ada sedikit bahagian yang macam nak botak...agak2 syampu ni boleh tak suburkan rambut.. hehehe.... :P

    ReplyDelete
  6. sy pun mrbut sng gugur.. tq sharing petua ni.. blh jgk ikout

    ReplyDelete
  7. @Rapunzeel Cikilolo oh, cuba tanya beliau nnati, berkesan ke x :)

    ReplyDelete
  8. selalu beli di saloon tempat gunting rambut.tauke tu tolong bgtau mna syampoo yang elok.syampoo dekat saloon mang jenama yang tak pernah tengok..tapi bagus

    ReplyDelete
  9. @Kakzakie Ada kak. Dulu Ros pun tak perasan. bila kawan kata ada, terus gi cari.. Rupanya banyak jenis shampoo ni.. Ros ambil yang basic punya ni..

    ReplyDelete
  10. @Sally Samsaiman eh, yeke. NI yang botol kecik tau.. Ros ingat kat giant ni mahal.. hihi

    ReplyDelete
  11. @najiah shaharain bukan kat Giant je yang ada. cuba cari kat supermarket lain :)

    ReplyDelete
  12. @nita Rasanya boleh, kak. Shampoo ni macam amcam jenis. Ros ambil yang basic ni.. Tapi, bila pakai, Ros memang puasa hati. Lembut je rambut. kulit kepala dah tak gatal :)

    ReplyDelete
  13. kene try ni sbb tiap kali sikat rambut mesti byk yang ikut sekali kat sikat tu, tak pun bila bangun pg2 sikat guna jari je pun banyak yg ikut....

    ReplyDelete
  14. lepas bersalin rambut mula gugur...
    sekarang tak boleh bela rambut panjang mesti gugur...
    petua ni ramai juga yang amalkan.....

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum ros...menarik ni boleh cari nanti...:)

    ReplyDelete
  16. kak munna nak cubalah.... manatahu berkesan juga pada kak munna

    ReplyDelete
  17. ciksu tak penah cuba yang syampo ni. selalunya kat salon.

    mmg betul, mak ciksu kata rambut panjang mmg mudah gugur.tapi kalau skit tu normal la.

    ciksu pakai syampo gamat.ok.
    skrg ciksu amik spplement shaklee.
    hasilnya tunggu lagi ye.sbb baru start.

    caranya ciksu potong rambut dulu.mmg kurang gugur.syampooo sekadar membantu luaran. tapi dalaman perlu baiki juga. mungkin sebb kekurangan zink tu yg gugur k..

    ReplyDelete
  18. saye pakai selsum blue.. :) tapi nak try jugak la shampoo ni.. hahaha.. tergode pulak.. rambut saye pon selalu gugur.. sekrang da potong pendek.. tak gugur.. masalahnye pendek sangat sampai tak boleh ikat.. hihi...

    ReplyDelete
  19. eh, betul ke ni? nak kena try ni...sbb rambut aku gugur teruk since bersalin dulu...

    tengs sharing kat sini nok...

    ReplyDelete
  20. ambil hampas kelapa tu yg aku rasa pling pelik

    ReplyDelete
  21. hana guna air rebusan collagen yg rumpai laut tu je. skrg dah xde kelemumur ;)

    ReplyDelete
  22. pernah cuba ke hampas kelapa tu? HAHAHHAHA mcm lawak je

    ReplyDelete
  23. akak nk try juga lah sbb rambut akak pun gugur pas bersalinkan qalief

    ReplyDelete
  24. nape xpnh nampak sblm ni yer... kene beli gak ni.. rambut kak ina pun gugur.. adehhh

    ReplyDelete
  25. thanks for sharing!!! ya Allah, harap2 berkesan kaedah ne.. sy pun alami masalah ne.. rambut gugur masalah perempuan sangat risau.. so, sy nak try yang ne pula.. manatau dengan izin Allah kaedah yang ne dapat membantu.. TQ!! :)

    ReplyDelete
  26. oh..nnt nak beli la..sbb rambut sha sllu gugur..pakai tudung 24 jam..huhu

    ReplyDelete
  27. ros cepat beli pemanggang ajaib.. berbaloi.. hihi

    ros ni page gamat emas

    http://www.facebook.com/gamatemasrasmi

    ReplyDelete
  28. baru g beli tadi...harap harap menjadik...skang harga 19.90 kat Caring farmasi, skali dgn conditioner....balik trus nak guna nih...hehehe

    ReplyDelete
  29. Bru beli kat caring farmasi skali dengan conditioner RM19.90....tak sabar nak cuba nih...huhuhu

    ReplyDelete
  30. Akk pun nk cubalah...sebab bila tengok rambut gugur bengang je...terima kasih kerana berkongsi ilmu ye ros...

    ReplyDelete
  31. Akk pun nk cubalah...terima kasih kerana berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  32. Sy pun nk cuba lah..rambut byk yg gugur..

    ReplyDelete
  33. @Anonymouscubalah.. man tahu berkesan untuk awak kan :)

    ReplyDelete
  34. @My Name Is Suhana.... cuba tau. guna satu set lagi berkesan rasanya :) rambut jadi lembut je kan :)

    ReplyDelete
  35. @sHaRiNa eLyaNatry la guna tau.. mana tahu berkesan. kadang-kadang tak semua sama kan?..

    ReplyDelete
  36. @Anonymous sam-sama :)
    ye, cuba lah ye. mana tahu ada yang berkesan untuk awak. saya share yang saya tahu je kan.. bab shampoo tu, memang saya guna sendiri dan ada perubahan...

    ReplyDelete
  37. @IntaNBerliaN ada Kak INa. cuba cari betul-betul. kadang kita tak perasan. sebab shampoo ni tak glamer macam rejoice,, pantene dan sunsilk kan.. hihihi

    ReplyDelete
  38. @Miss Volvo pernah.. ni bukan gurauan tau.. ni betul2 :)

    ReplyDelete
  39. @faiq tak pelik tau. ni betul-betul. kalau rajin, memang berkesan.. gosok je kat kepala,. biarkan dulu. tutup rambut ngan tuala. lepas tu, baru bilas.

    ReplyDelete
  40. @Fifi Nadhrah ye, ramai yang kata penyelesaiaan rambut gugur, potong rambut..huhu.. tapi, sayanglakan.. kita perempuan kadang-kadang memang suka berdandan ::) hihi.. cubalah kak FIFI..

    ReplyDelete
  41. @QasehnyaRania Ros tak beli pun lagi gamat yang ciksu cakap tu.. hihi..

    ReplyDelete
  42. @Mas Zull Waalaikumussalam mama.. cuba lah mama:)

    ReplyDelete
  43. @Mimi Azirah Ros tak pernah try head n shoulder tu ...

    ReplyDelete
  44. Nak cuba la.. Tq atas perkongsian

    ReplyDelete
  45. Sy pun ada mslh rmbt gugur. :(

    ReplyDelete
  46. akak pun ada masalah keguguran rambut yg teruk..mcm2 shampoo dan petua dh buat TAPI..huhhu sedih!! masih tak berkesan..akak pun nk try lah shampoo ni..ptg ni jugak nk pegi guardinan :-)

    ReplyDelete
  47. Akak pun hadapi masalah yg sama. Nak cuba petua lidah buaya tu lah. Ada beberapa pasu kat belakang rumah. Selalu buat rawat sakit sendi je :) Thanks, Ros.

    ReplyDelete
  48. dh lama carik shampoo ni tapi x jumpa2...rambut gugur usah ckp lah..bagnun tdo penuh atas bantal huhhu

    ReplyDelete