BALQIS (Drama Festival KL di TV3) - INILAH REALITI

Monday, 20 January 2014

BALQIS (Drama Festival KL di TV3)



Bulan 11 yang lepas saya ada kongsikan tentang sebuah drama yang dilakonkan oleh adik Balqis kan?... Ingat tak drama Walau siapa pun aku?... Kalau tak ingat, jemput singgah baca yer :

Malam tadi, sebuah lagi drama yang dilakonkan adik Balqis ditayangkan di TV3 pula... Arahan Erma Fatima... Turut berlakon ialah Nabila Huda dan Pekin ... 


Ada tak yang menonton malam tadi?.. Saya ni memang minat adik Balqis.. Kalau berlakon memang menjadi sangat.. Nak nak kalau watak sedih.. Uwaa... Boleh banjir tau saya nangis.. hihihi...

Cerita ni memang best dan amat menyayat hati... Tengoklah tu wajah adik Balqis .. Sedih tak korang tengok?..


Cerita ni mengisahkan tentang kehidupan Nabila Huda dan Pekin yang mempunyai cahaya matanya, Balqis.. Kehidupan dorang ni susah... Perkahwinan mereka tidak direstui oleh mak Nabila ni.. Tapi, walaupun susah, Nabila ni amat menitikberatkan pelajaran anak dia ni. Balqis ni baru 5 tahun. Dia selalu cakap pada Balqis, yang Balqis akan ke sekolah lagi dua tahun.. Setiap hari, Balqis perlu hafal sifir.. 

Kemudian, hidup mereka ni susah sangat. Suami dia, Pekin ni ajak berhijrah ke Kuala Lumpur. Jadi mereka pun ke KL. Masalahnya dorang ni takde tempat tinggal.. Duit nak makan pun takde. So, dorang jual baju yang dorang  bawak tu. Malam tu dorang bermalam di sebuah bengkel kereta. Dorang jugak  cuba cari kerja, tapi tak ada rezeki lagi. Nak dijadikan cerita, malam tu, masa dorang tengah tidur. Balqis terjaga nak terkencing. Jadi, dia gi ambil air paip isi dalam botol. Ada seseorang menegur dan mengajak Balqis, kononnya nak bawa ke tandas.. 

Keesokkannya, dorang bangun tidur, tengok anak dorang takde.. Apa lagi, kelam kabutlah mencari. Tak jumpa.. Akhirnya dorang kembali ke kawasan bengkel tu.. Tiba-tiba, Balqis muncul dengan wajah yang comot dan seluarnya berdarah. Ya Allah, masa tu saya dah mula nangis-nangis dah.. Sedih sangat. Dorang pun bawa gi hospital, dan doktor sahkan yang Balqis telah di________...

Kemudian, tuan bengkel tu ambil Pekin bekerja.. Tapi, bertahan hanya sehari. Sebabnya tuan bengkel tu tak bayar sewa kedai tu. Jadi, mereka pun dihalau keluar dari bengkel tu.. Kemudian, bermulalah kehidupan duka mereka bila mereka berkenalan dengan sepasang suami isteri yang jahat. Lakonan Elly Suriati.. Mereka diajar merompak. Mula-mula, memang lepas masa merompak kedai basikal..  Kemudian, masa misi nombor 2, nak rompak cybercafe. Malam sebelum nak merompak tu, Nabila ajak Pekin balik kampung dan stop buat benda ni. Tapi, Pekin tak nak. Pekin nak teruskan jugak.. Akhirnya, masa rompakan tu, Nabila meninggal dan juga pasangan suami isteri tu. Hanya Pekin yang terselamat. Kemudian, Pekin bawa Balqis ke hospital, untuk pengecaman mayat. Langkah sedihnya hati saya, bila tengok Pekin tak mengaku mayat tu mayat isteri dia... Dan Balqis pulak tak habis-habis bertanya, "Kenapa ibu duduk dalam laci tu?.." "kenapa dorang letak ibu dalam laci?".. masa ni dah merambu air mata saya.. 

Pekin pun dah mula menyesal, bila teringat detik -detik terakhir bersama isteri dia.. Kemudian, dia memulakan perniagaan menjual baju-baju bersama anak dia.. Alhamdulillah, kehidupan mereka menjadi lebih baik.. Satu hari, ada shooting kat kawasan berhampiran dorang berniaga tu.. Balqis telah diambil sebagai watak extra.. Dan mendapat upah RM30.. Bila dia balik, dia mintak kebenaran ayah dia nak berlakon dan menyara keluarga.. Dia jugak cakap, yang dia nak berlakon dalam tempoh 2 tahun je, sebab ingat pesan ibu dia.. Ibu dia selalu pesan yang pelajaran tu penting kan.. dari situ, bermulalah kehidupan Balqis sebagai pelakon kanak-kanak....



Macam mana?.. Ada yang rasa nak tengok tak lepas baca sinopsis dari saya?.. hihihi..




13 comments:

  1. bile baca pun dah sedih kalau tengok banjir kot... bestlah plak bile baca kisah ni...

    ReplyDelete
  2. tgk x habis mlm td dah tertdo.. mmg sedih pun huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. akak tengok part yang kat bengkel keta tu je...pastu hubby tukar citer lain..hmm..ikot je la..

    ReplyDelete
  4. kalau adik ni berlakon memang hidup watak dia..sedih la citer ni tapi tak tengok lagi, kat tonton ada kot eh :)

    ReplyDelete
  5. tak sempat nak tgk lah ros citer ni semalam... tp dr gaya citer yg ros tulis tu macam besh je...

    ReplyDelete
  6. cerita balqis ni memang best dan budak yang jadi balqis tu pun comel... ^_^

    ReplyDelete
  7. saya tengok...seriously memang sedih tgk citer balqis tu...masa dia kena liwat tu paling menyayat hati sy...tergamak org buat gitu kt budak kecik..huhu...

    ReplyDelete
  8. saya tengok...seriously memang sedih tgk citer balqis tu...masa dia kena liwat tu paling menyayat hati sy...tergamak org buat gitu kt budak kecik..huhu...

    ReplyDelete
  9. Eh...adik balqis la...tv ayut xde.xkeh tgk.

    ReplyDelete
  10. Akak lg la xtgk...nti nk tgk la kt tonton

    ReplyDelete
  11. wahh nabila huda pun ada skali.. mmg best la kan.. adik balqis ni lagi hebak berlakon dari adik mia.. kan.. dah makin femes dia skng..

    ReplyDelete
  12. Macam best jew tapi tak dapat tengok sebab tak ada tv dekat asrama nie. Huhu.

    ReplyDelete