RESEPI AYAM MASAK KICAP YANG SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum.

Tahun ni, azam Cik Rose tak nak ke bazar Ramadhan. Nak masak sendiri. Mampukah? Insyaallah. Ni Cik Rose nak kongsikan juadah waktu berbuka Cik Rose pada 2 Ramadhan. Ayam masak kicap yang sedap dan mudah. Yang tu memang kesukaan Cik Rose. Makan sampai menjilat jari.

Dulu, Cik Rose ada kongsikan resepinya. Dan Alhamdulillah menjadi pilihan pengunjung blog Cik Rose. Boleh baca kat sini : RESEPI AYAM MASAK KICAP SIMPLE. Yang tu versi Cik Rose campur kentang. Sehingga entry ini didraf, jumlah pengunjung entry ayam masak kicap simple tu ialah 81306. Alhamdulillah.

Ok, Kat sini Cik Rose kongsikan pula resepi versi yang Cik Rose baru masak pada 2 Ramadhan yang lepas. Saje buat kenangan Cik Rose sendiri, dan mana tahu boleh membantu orang lain yang memerlukan. Bulan puasa ni, mesti ramai yang mencari lauk yang simple tapi sedap. Nak jimat masa kan. Lagipun ayam masak kicap ni pembuka selera bagi anak-anak waktu bersahur kan.




Jom kita tengok resepinya :

RESEPI AYAM MASAK KICAP SEDAP DAN MUDAH

Bahan-bahannya:


Dikisar

3 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering

Diricih
4 ulas bawang putih
Sedikit halia

Kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga

Serai -diketuk
Bawang besar - dihiris
Lobak merah- dipotong kecil
Kicap
3 tangkai cili besar merah- dibelah
6 ketul ayam







Cara-caranya

* Goreng ayam yang digaul dengan garam dan kunyit terlebih dahulu.

1)Panaskan minyak. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian, masukkan bawang putih dan halia.
2)Bila dah wangi, masukkan cili kering yang dah dikisar. Biar sampai cili tu masak. Maukkan serai yang diketuk tadi.
3)Lepas tu, masukkan lobak merah. Biar sampai lobak merah tu empuk sedikit.
4)Kemudian, bolehlah masukkan kicap. Tambahkan sedikit air, jika terlalu kering.
5) Dan terus masukkan ayam yang dah digoreng. Biarkan seketika.
6) Kemudian, masukkan cili besar dan bawang besar yang dihiris. Sedia dihidang. 
-Cik Rose memang tak letak garam tau. Kalau korang nak letak, terpulang. Ikut citarasa masing-masing.
-Kalau korang masak ayam tu lebih dari Cik Rose ni, boleh tambah kuantiti bahan-bahan yang lain ikut kesesuaian.








Tadaaaa, dah siap :





Selamat mencuba. Boleh dijadikan juadah berbuka mahupun bersahur. Hidangan yang mudah disediakan. 
Ayam masak kicap yang senang dan sedap!
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
10 June 2016 at 21:34 ×

ayam masak kicap mmg sentiasa fav kalau di rumah kaknoor

Selamat Nooriah Abdullah dapat PERTAMAX...! Silahkan antri di pom terdekat heheheh...
Balas
avatar
admin
Thanks for your comment