Selamat tengahari kawan-kawan. Alhamdulillah, hari ni 13 Ramadhan.. 

Tahun ni, ramai kenalan saya yang masih berjaya masak untuk berbuka dan sahur, tidak membeli di Bazar Ramadhan.. Jangan tanya saya. Setakat ni, menu untuk sahur memang hari-hari saya masak. Cuma untuk berbuka, ada juga saya ke Bazar Ramadhan. Membeli kuih, Murtabak, Roti John. Dan ada minggu lepas, saya beli Nasi Kerabu dan Laksam di Bazar Ramadhan..  

Ok, hari ni saya nak share satu resepi yang super duper simple dan sedap. Iaitu Ayam masak Kicap. 


Jom, kita semak resepinya :

Bahan Kisar
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Kering

Kayu manis
Bunga lawang
Buah Pelaga
Serai (diketuk)
Kicap 
Bawang Besar (dihiris)
Kentang
Cili besar
Tomato
Ayam
Garam


Cara-caranya

1)Panaskan minyak. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian, masukkan bawang merah dan bawang putih yang dikisar.
2)Bila dah wangi, masukkan cili kering yang dah dikisar. Biar sampai cili tu masak. Maukkan serai yang diketuk tadi.
3)Lepas tu, masukkan kentang. Biar sampai kentang tu empuk.
4)Kemudian, bolehlah masukkan kicap. Tambahkan sedikit air, jika terlalu kering.
5) Dan terus masukkan ayam. Biar sampai ayam tu empuk. Sewaktu proses nak empukkan ayam tu, anda boleh je nak tambahkan kicap atau air. Ikut kesesuaian ye :)
6) Bila ayam dah empuk, masukkan cili besar dan bawang besar yang dihiris serta tomato. Perasakan dengan garam. Kemudian, sedia dihidang :)

Senang kan?. Bolehlah cuba sendiri.  Biarlah, walaupun kita masak sesimple manapun, asalkan ia tetap air tangan kita. Baru puas hati.. 

Ni masa saya dah masukkan kentang dalam cili tu.


Yang ni pulak masa dah masukkan kesemua bahan, nak tunggu menggelegak je ni ..


Inilah dia hasilnya :




Selamat mencuba kawan-kawan :)



Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH