Rasa macam lama je tak buat entry baru. Maklumlah cuti seminggu dari berblog.. Entry pagi tadi tu, entry pertama sayalah kiranya, entry join contest Kak Ina(Intan Berlian)... 

Cuti tahun baru cina.. Tapi, bukan cuti pun sebenarnya.. Cuma kekangan masa dan tenaga yang membataskan nak jenguk blog sendiri.. hihihi...

Hari ni pun, masih demam,selsema dan batuk.. Cuti sakit dua hari, masa hari Isnin dan Selasa. Semalam, Rabu dah naik kerja dah.. Tetap ku gagahi... sakit ni kan kifarah dosa.. Terima dengan hati yang tenang.. Walau ada suara-suara yang mempersoalkan MC saya, saya tak ambil hati pun. Biarlah, tak kena batang hidung sendiri, memang takkan tahu.. Kalau dah kena, baru tahu kan :) Apapun, senyum je yer :) Tak nak stress-stress... Tak elok untuk kesihatan dan kecantikan diri. wah, gitu....

Ok, berbalik pada tajuk asal entry ni, Pengomen Setia Januari 2014.. Agak terlambat nak umumkan.. Tapi, takpe, nak letak jugak...

Inilah dia :



Terima kasih buat semua yang tersenarai, juga buat yang tidak tersenarai.. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya, baca entry saya, dan meninggalkan komen :)


***************