Semalam saya ada letak gambar ni kan :


Lebih kurang 2 minggu lepas saya gi LITTLE EARTHKU yang terletak di Taman Merdeka, Johor Bahru. Orang JB mesti tahu kat mana kan. Ala, tempat orang jogging tu. Kedai ni bukan kat tepi jalan yang ada restoran tu tau. Dia terletak kat tengah-tengah taman tu. Memang indah je suasana kat situ, lebih-lebih lagi kalau nak  bersantai dan "girls talk"... Haa gitu.. Dekorasi kedai ni memang best. Ala-ala english style la kan.. Jom tengok sikit gambar yang saya sempat ambil..

Kat bawah ni saya ambil di tepi kaunter penyediaan makanan. Tertera segala menu makanan dan minuman. Siap ada novel-novel Inggeris. Memang sesuai nak relax-relax kan.. Dengan bunganya lagi. Memang cantik!


Ni pula dekorasi kat satu sudut yang lain. Cuba tengok tea tu. Haa, itulah tea yang digunakan.


Tadaa... Inilah dia scones tu. Memang sedap. RM 7 untuk satu set. Memang puas hati. Kawan saya yang order ni. Dia memang penggemar scones. Dan kata dia, ini adalah antara scones yang tersedap dia pernah rasa :) Haa, cuba bayangkan. Saya pula sebelum ni tak pernah rasa scones. So, tak tahu macam mana rasa yang sedap bagi sesuatu scones. hihihi..


Saya pula pilih muffin. Chocolated Muffin with frozen topping. Wah gitu, nama nak glameress aje.. Hihi.. Topping tu bukan cream tau. Topping to chocolated. Memang sedap. Muffin coklat tu penuh rasa coklat yang tidak memuakkan kita. Siap ada coklat lava lagi dalam tu. Eh, sedaplah! Saya makan tu tanpa mempelawa kawan saya. Aduhai, sorry ok Kak Isma.. Tak sedar, tiba-tiba dah habis. hikhik.
Air pula saya order hot coffee a.k.a kopi panas. hahhaha.. Nak jugak cakap omputih! Kawan saya order kopi ais .



Memang puas hatilah pergi sana. Layanan pun mesra.. Owner dia sendiri yang layan dan sediakan makanan tu. Owner dia yang buat sendiri tau. Tak ada pekerja. Segala makanan pun memang owner dia buat sendiri. Masa kitorang pergi dah lewat petang, lebih kurang 6 lebih. So, dah banyak makanan yang habis. Macam brownies la, cheese cake dan lain-lain.. 

So, oleh kerana servis tip top, makanan pun best, mungkin akan ulang pergi lagi lain kali. hihi..