Wednesday, June 01, 2016

MESIN LIPAT BAJU DIJUAL?



Siapa yang rajin lipat baju?
Cer angkat tinggi sikit, Cik Rose tak nampak ni. hehehe.

Kalau ada dijual mesin lipat baju, dan harganya murah, dah tentu Cik Rose beli. 

Nampaknya, Cik Rose tak berseorangan dalam hal malas lipat baju ni. Tapi, takdelah sampai boleh buat kubu perang. Boleh dikawal lagi tahapnya tu.hihi.

Tips rajin lipat baju :

1.Dah kering, angkat dan terus lipat. Jangan bubuh dalam bakul atau jangan longgok atas katil. Opss.

2.Lipat baju sambil tengok tv. Mata je tengok tv, tangan berjalan ok. Tahu-tahu, dah habis lipat. Jangan pulak lipat baju sambil main hp. Memang tak siaplah kan. 

3.Sambil lipat baju, ajak anak-anak turut serta. Jadikan aktiviti lipat baju sebagai aktiviti keluarga,. Sambil lipat boleh bergurau senda dan berbual sesama sendiri. 

Selamat mencuba tips dari Cik Rose. Ikhlas nak membantu ni supaya tak de kejadian yang tak diingini berlaku. Heh heh heh. 

 
 

 

2 comments:

  1. Semoga Cik Rose dimurahkan nrezeki untuk mendapat zuriat. Kalau rasa nak berikhtiar... boleh hubungi saya juga di 012-5538628. Sambung topik lipat baju... Saya pun lemah..bertimbun-timbun baju dilonggokkan :)

    ReplyDelete