Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 di Batu Pahat, Johor


Assalamualaikum. Semalam iaitu pada 19 April 2018, Cik Rose berpeluang menghadiri Majlis Pembukaan/Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 atau secara ringkasnya MSAM 2018. 

Program ini bakal berlangsung selama seminggu iaitu mulai 19 April 2018 hingga 25 April 2018.

Cik Rose pergi bersama rakan-rakan tempat kerja. Seawal jam 9 pagi kami ke sana. Program ni di Stadium Batu Pahat, atau lebih tepat di Dataran Batu Pahat. Dekat je dengan office Cik Rose. 5 minit perjalanannya. 

Sampai je, kita bergambar kenanganlah dulu. Smile uols...
Ramai lagi yang join, tapi terpisah bila dah sampai. Sebab ramai sangat pengunjung! 


Pintu untuk pendaftaran di buka pada jam 10 pagi. Wahhhh sebaik sahaja kami masuk,  Cik Rose teruja! Patutlah lama betul persiapan venue ni. Hebat! Tahniah buat mereka. 

Masuk je pintu utama, kami perlu daftar dahulu untuk mendapatkan gelang yang mempunyai bar code. Kad pengenalan diperlukan untuk mendaftar. Jangan risau, banyak kaunter disediakan. 


Tadaaa... kami dah daftar! Hihi. Kenapa pakai gelang ni? Dalam ni ada banyak booth di buka. Contohnya Maybank, Pos Malaysia, Perodua, Bank Negara dan banyak lagi. Di setiap booth, ada disediakan scanner. Di mana kita boleh scan bar code di gelang kita. 

Sambil-sambil kita jalan cari info dan menjalankan urusan kat dalam tu, bolehlah kita kumpul point. Nanti di pintu keluar, kita boleh tebus hadiah! Siapa yang tak nak hadiah kan. 


Sebelum masuk ke booth-booth yang disediakan, apalagi bergambar satu. Aih cantiklah pulak lampu ni kan l. PNB -Permodalan Nasional Berhad.


Masuk dalam tu, rajin-rajinlah singgah booth. Hihi, nanti dapat cenderahati. Buku nota, pen, beg dan lain-lain. Hihi.


Program ni dirasmikan oleh Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak. Jadi,bila dah daftar tu kami terus melangkah ke dewan utama. Niatnya nak dengar dulu ucapan Dato' Sri Najib, lepas tu barulah jalan-jalan ke booth. 

Tapi, sebaik sahaja kami masuk dewan utama, aduhai ramainya orang. Eh ada lagi awal rupanya. Hihi. Kerusi dah penuh dah. Tak ada tempat kosong. 

Jadi, Cik Rose dan beberapa orang rakan lagi ambil keputusan untuk keluar dari dewan dan pergi jalan-jalan ke booth yang disediakan. 

Selepas kami keluar dari dewan utama sebab tak dapat nak duduk tu, kami pun jalan-jalanlah untuk mengumpul ‘point’. Hikhik. 

Eh eh tak sah lah kalau tak bergambar. Hihi. 


Cik Rose sempat check maklumat c-cris di booth Bank Negara. Alhamdulillah, nama clear. 

Kemudian, sempat juga menjawab survey di booth lain.(Cik Rose lupa pula booth apa) hikhik.

Sempat juga masuk peraduan dan cabutan bertuah. Ye ye je isi borang, tapi tak tunggu pun waktu pengumumannya. Hihi. Cik Rose berjaya kumpul 80 point, dapatlah beg. Hihi. Nak payung, tak cukup pula point. Haha.

Oh ya nak tahu tak. Ada cabutam bertuah di sediakan sepanjang program ini berlangsung tau. Borang penyertaan ada di beberapa buah akhbar tempatan. Alhamdulillah, Cik Rose dapat satu borang. Kawan office bagi, ambil dari akhbar Kosmo. 

Ada pelbagai hadiah disediakan. Dari hamper, iron, basikal, motosikal, kereta hinggalah ke rumah! Siapa yang tak nak kan. 

Masa cabutan nanti, dorang akan call kita dalam tiga deringan jer. Tut tut, tut tut, tut tut. Kalau kita tak angkat, dorang akan buat cabutan lain. Kalau kita angkat, kita perlu datang dalam masa 15 minit! 

Pakat dok pegang handphone masa tu kami semua ni. Hihihi. Tapi, untuk hari pertama, tak ada pula dapat panggilan. Hihi.

Majlis berjalan dengan lancar dan teratur. Cuma satu je Cik Rose rasa nak tegur. Pintu keluar. Susah nak cari, berpusing-pusing kami dalam tu nak keluar tak boleh. Kitorang hanya dibenarkan keluar melalui pintu utama untuk keluar. 



Pintu banyak, tapi tak dapat nak keluar. Ada anggota keselamat jaga, dan tak benarkan kami keluar.  Tapi, Cik Rose faham. Perkara ni sebab nak pastikan kelancaran program dan tak nak nampak serabut atau kelam kabut. 

Apapun tahniah buat semua yang terlibat dalam program ni. Acara penutup adalah pada 25 April 2018.