Thursday, October 25, 2018

Singgah Makan di Tuuu...Dia Pak Tam di R&R Tapah Arah Selatan

Singgah Makan di Tuuu...Dia Pak Tam di R&R Tapah Arah Selatan. Assalamualaikum. Minggu lepas Cik Rose balik kampung(Kedah). Hampir seminggu. Cerita balik kampung nanti cerita kemudian, di lain entry. 

Hari ni nak cerita tempat makan best di R&R Tapah Arah Selatan. Cik Rose singgah masa dalam perjalanan nak balik Johor. 

Macam biasa, kalau balik kampung naik kereta, tak sah rasanya kalau tak singgah R&R untuk berehat seketika. Isi minyak, ke tandas atau makan. 

Balik kali ni, Cik Rose dan suami singgah R&R Tapah. Lepas parkir kereta, terus menuju ke tandas. Kemudian, jalan-jalan untuk melihat juadah yang bersesuaian dengan tekak masing-masing. hihi. Jalan punya jalan, sampai ke penghujung, iaitu kedai makan Pak Tam. Dengan tagline nya - Tuuu...dia Pak Tam. 

Pelbagai jenis makanan ada dijual. Nasi Kabsah kambing menjadi pilihan suami. Harga dalam RM16.++. Sedap kata suami. Cik Rose tak rasa pula.



Apakah pilihan Cik Rose? Jeng jeng jeng. Cik Rose pilih mihun sup. Teringin nak makan yang berkuah panas-panas. Jadi pilih mihun sup. Harganya RM6.++. Sedap rasanya. Yang best, isi ayam banyak tau. Memang puas hati.


Di sini juga, selain ada pilihan air yang pelbagai, ada juga dijual pelbagai minuman kopi. Coffee lover jangan risau ya. Suami Cik Rose pilih Hot Caramel Cappucino. Cik Rose pula pilih Iced Mocha. Sedap! 


Selesai makan, beli pula ice cream susu kambing. Sedap! Gambar tak ada. Tak sempat nak ambil uols. 

Secara keseluruhannya, Cik Rose berpuas hati. Berbaloi makan di sini dengan apa yang kita bayar. Banyak cawangan Kedai Pak Tam ni kan. Yang ini, pengalaman Cik Rose di Cawangan R&R Tapah. 

Tempat lain Cik Rose tak tahu. Korang pernah singgah tak? Jom share dengan Cik Rose. 




14 comments:

  1. pernah makan sup pak tam tuuu. sedappp jugak rasanya..

    ReplyDelete
  2. harus singgah balik ke Utara
    Bihun Sup kegemaran dan Roti Bakar - ummmpphhh

    ReplyDelete
  3. nasi kabsah tu menggoda betul, banyak isinya rm16 tu berpatutan rasa akak...
    mehun sup pun rm6 mmg murah bagi akak... bila la nk merasa sampai ke tapah tu kalau akak hehehhe

    ReplyDelete
  4. Kalau lapar, memang sedapkan. Nak rehat drive kenalah singgah rnr

    ReplyDelete
  5. aida tak pernah dok makan.
    just stop beli air je ari tu.
    sebab kami tapaw nasi ganja kat ipoh, makan kat pondok rnr, depan restoran pak tam tu jer.
    next time, nak singgah la.
    nice tempat nyer.

    ReplyDelete
  6. Nasi kabsah lama x makan..mengoda sungguh ha.hahaha..yg ni nak kena p cari

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaa tengok..laparrr terus rasa hehe.. Tak pernah lagi berjalan kat area sana

    ReplyDelete
  8. Time balik ke Ipoh ke, mmng perasan. Tapi tu la. Xde nak singgah makan ke apa. Next boleh la try. Hihi
    Kita pun kalau jln jauh suka cari sup-sup. Nasi ni kurang minat kalau dalam perjalanan jauh.

    ReplyDelete
  9. Amboiiii sedapnya.. Terliur akak tengok tau Rose

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap tu oiii.. Dekat RnR mne je tu.. Nak rasa juga.. Hehehe.. Nasi tu woww sangat

    ReplyDelete
  11. Tak pernah cuba ice cream susu kambing. Sedap tak?
    Saya pun suka kuah panas punya makanan

    ReplyDelete
  12. Pernah makan kat R&R mana entah..menu banyak tak tahu nak pilih mana satu

    ReplyDelete
  13. tak pernah pi lagi r n r ni.. tu dia paktam.. huhu unik namanya .. menu dalam gambar pun macam sedap jee

    ReplyDelete