Sunday, August 18, 2019

KOREAN DRAMA DOCTOR JOHN @ DOCTOR ROOM | SINOPSIS DAN REVIEW

KOREAN DRAMA DOCTOR JOHN @ DOCTOR ROOM | SINOPSIS DAN REVIEW. Assalamualaikum. Terjebak lagi. Hihi. Sebab tu dah cakap jangan mula. Bila dah start satu drama, akan berjangkit ke drama lain pula. 

Sebelum ni Cik Rose kongsikan tentang DRAMA PRETTY UGLY . Kali ni nak cerita tentang drama terbaru iaitu Doctor JOhn ataupun Doctor Room. Pertama kali Cik Rose tengok, dah jatuh hati. Macam mana tu? Best sangat ke?

Lakonan aktor Korea yang handsome iaitu Ji Sung dan heroinnya pula gadis comel, Lee Se Young. Handsome ke?.. hihi. handsomelah!

Tadaaa inilah dia doktor hensem , hihihi: 





SINOPSIS Drama Doctor John @ Doctor Room :


Drama Korea Doctor Johnini menceritakan tentang kehidupan dunia perubatan . Cha Yo-Han watak yang dilakonkan  oleh Ji Sung adalah seorang doktor yang genius dan profesor anestesiologi yang termuda.
Dia kelihatan sombong, tapi dia genius dalam pekerjaannya. (Sebenarnya bagi Cik Rose, bukan sombong. Dia agak pendiam dan serius dengan kerjanya. Tu yang nampak macam sombong). 
Kang Shi-Young pula seorang doktor wanita yang dilakonkan oleh Lee Se Young. Juga seorang dokter anestesiologi yang bekerja dengan Cha Yo Han. Beliau  cerdas, peramah, dan mudah kasihan dengan pesakitnya. 
Cerita ni berkisar di hospital. Setiap episod ada kisah penyakit yang berbeza. Menggambarkan cara mereka menangani dan merawat pesakit. 



Cik Rose memang sukalah cerita sebegini. Kisah realiti kehidupan kita. Ada saja konflik dalam setiap episod. Buat dada Cik Rose berdebar-debar dan tak sabar nak tunggu episod seterusnya. 

Sebenarnya dalam kisah Cha Yo Han ni merawat pesakit, dia sendiri sebenarnya menghidap penyakit CIPA. Iaitu dia tiada deria rasa sakit!

Jadi, setiap hari beliau akan pantau sendiri tahap kesihatannya. Keadaannya dirahsiakan hinggalah satu hari, Lee Se Young dapat tahu! Cha Yo Han meminta ianya dirahsiakan.

Lee Se Young ni suka dengan Cha Yo Han. Dan dia dah mengaku pun. Tapi, biasalah Cha Yo Han ni macam memendam perasaan gitu. Dia bukan jenis orang yang luahkan. Tapi, bila kita tengok tu, kita tahulah kan sebenarnya dia pun suka. 

Banyak konflik dalam drama ni. Bukan sahaja mereka merawat orang luar, tapi mereka sendiri diuji dengan penyakit sendiri, dan perlu merawat ahli keluarga sendiri. Bermain dengan emosi. Bagaimana mereka harus bertindak profesional dalam kerjaya mereka. 






Cerita ni ditayangkan di Astro One HD. Tapi, lambat satu episod dari Korea. Cik Rose kan jenis tak sabar. Maka, Cik Rose tengok onlinelah. Tu pun, cepat satu episod je lah. 

Makan hatilah nak tunggu episod seterusnya. Setiap Jumaat dan Sabtu. Jenuh nak tunggu minggu depan, episod 11.

Kenapalah tak buat macam drama Malaysia ye. Seminggu 5 hari ditayangkan. Hihihi. 





Korang kena tengok. Bukanlah sebab kehenseman doktor tu je. Tapi, sebenarnya cerita macam ni dekat dengan kita. Kisah realiti. Begitulah kehidupan di hospital. Terikat dengan prosedur-prosedur tertentu. 

Bila tengok drama ni, Cik Rose jadi teringat dengan arwah Kakak Cik Rose, Kakyang. ( mohon bacakan surah Al Fatihah buatnya). Apa yang Cik Rose lihat sepanjang menjaganya di hospital dahulu, dapat juga dikaitkan dengan situasi dalam drama ni.Tak banyak, sedikit. 

Apapun, drama ni memang best. Dan harus ditonton oleh semua lapisan umur. Yang baik kita jadikan panduan, dan yang tidak baik kita jadikan sempadan. 

Cik Rose suka drama Korea. :)


#DoctorJohn
#DoctorRoom


6 comments:

  1. mohon keluar kat netflix pleaseeee

    ReplyDelete
  2. kak liez dah layan ep 12.. if ji sung berlakon mmg akan trngok sbb rs hansome sgt.. serius cerita medical korea ni mmg siap tunjuk setiap step dalam pembedahan la,, tu yg nampak real..

    ReplyDelete
  3. yes tengah layan drama ni jugak sekarang. hehe

    ReplyDelete
  4. Sy benci citeni. Asalnya tgok sbb sy minat cite2 camni. Dia punya real memang xleh lawan cite kat mlaysia. Kat mlaysia tkde lgi kot cite camni,aisyik cite kawin paksa ajo. Dari suke tgok jadi benci. Sbb doct nya hensem sgt😭😭asyik nk tngu doct hensem tu keluar je. Pastu kalau doct tu x keluar sakit hatiku ini💔

    ReplyDelete
  5. Sy benci citeni. Asalnya tgok sbb sy minat cite2 camni. Dia punya real memang xleh lawan cite kat mlaysia. Kat mlaysia tkde lgi kot cite camni,aisyik cite kawin paksa ajo. Dari suke tgok jadi benci. Sbb doct nya hensem sgt😭😭asyik nk tngu doct hensem tu keluar je. Pastu kalau doct tu x keluar sakit hatiku ini💔

    ReplyDelete
  6. Saya orang indonesia jadi saya kurang ngerti bahasa malaysia, tapi artikel ini sangat bermanfaat dan terimakasih😀

    ReplyDelete