Thursday, January 02, 2020

Cerita Penghujung tirai 2019

Assalamualaikum.

Penghujung 2019, diuji dengan keadaan kesihatan yang tak berapa baik. Mungkin otak menghantar signal terlalu letih melalui badan. 

Jumaat pagi, 20 Disember 2019.
Cik Rose naik bas dari Batu Pahat ke TBS. Bersama dengan 3 orang anak saudara. Cuti sekolah kali ni, rumah Cik Rose meriah dengan kehadiran 3 orang anak saudara, iaitu Nel, Koci dan Mat. Ikut plan asal, suami nak hantar balik Kedah seminggu sebelum penghujung 2019. Tapi, suami tak dapat cuti sebab standby di kem. Jadi, Cik Rose ambil keputusan hantar naik bas. Tiket direct Batu Pahat ke utara semua habis. Yelah, last minit kan. Jadi, Cik Rose beli tiket ke TBS. Rancangnya akan balik Kedah dari TBS. Bas lompatlah kan. 




Pagi Jumaat tu, kami naik bas ke TBS. Jalan sesak di lebuhraya. Naik bas pukul 9 pagi. Pukul 2 sampai di TBS. Bila sampai di TBS, hati Cik Rose tak sedap. Sebab apa? Ramainya orang di TBS. Lautan manusia, pelbagai bangsa dan usia. 




Cik Rose minta anak-anak saudara tunggu di tepi. Cik Rose pun beratur nak beli tiket dengan penuh harapan. Walaupun sebelum tu Cik Rose dah tengok tiket online, memang dah habis! Sedapkan hati, beratur juga. Setibanya giliran Cik Rose, ternyata semua tiket ke utara pda hari itu habis! Luluhnya hati memikirkan. Macam mana ni?

Cik Rose keluar baris. Call suami bagitahu. Call mak ayah bagitahu. Setelah berbincang, keputusan dibuat. Cik Rose beli tiket balik Kedah pada hari Sabtu. Dapat tiket pukul 10.00 pagi. Dan satu tiket untuk Cik Rose balik Batu Pahat, esoknya juga pukul 11.30 pagi. Cik Rose tak dapat hantar mereka balik Kedah. Sebab, hari Ahad Cik Rose kerja.

Hati berat sebenarnya. Tapi, terpaksa. Nasiblah anak saudara pertama dah berumur 16 tahun/ Cik Rose pun pesan macam-macamlah suruh jaga adik yang lain. 

Selesai hal pembelian tiket, Cik Rose bawa mereka makan. Dalam kepala ligat memikirkan nak tidur mana. Cik Rose memang pernah duduk KL dulu. Tapi, bila datang bab-bab ni, risau jugak. Cik Rose call adik yang kerja di Cyberjaya. Beliau sedang kerja. Kami pun berkampung di TBS. Smabil Cik Rose bagitahu anak-anak saudara, kita tidur TBS lah nampaknya. Muka masing-masing dah lain. hihi. 

Hotel di TBS tu full pulak. Dalam pukul 6 petang lebih, adik pun sampai. Nasiblah ada adik. Adik bawa kami menginap di hotel sekitar Sungai Besi, dekat je dengan TBS. Alhamdulillah. Terima kasih adikku.


Malam tu kami tidur di hotel. Esoknya seawal jam 7 pagi, kami dah bergerak ke TBS. Biar cepat, Cik Rose tak nak kelam kabut. Sarapan seketika di TBS. Pukul 9.30 pagi, kami scan tiket untuk ke terminal. Nasib baiklah gate yang sama perjalanan ke Sungai Petani dan Batu Pahat tu. Maka, dapatlah Cik Rose tengok dorang naik bas. Alhamdulillah, Allah permudahkan. 




Berakhir cerita di TBS.

Ahad, 22 Disember 2019.
Dapat perkhabaran bapa saudara suami ada di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Jadinya, pagi tu seawal jam  pagi, kami bergerak ke Hospital Sungai Buloh untuk melawat pakcik. Hari yang sama, jam 2 petang patah balik semula ke Batu Pahat.




Malam tu Cik Rose dah rasa seram sejuk nak demam. Esoknya Cik Rose bersiap ke tempat kerja. Dah rasa lain dah. Tapi, gagah juga nak ke pejabat. Dalam pukul 8 lebih, Cik Rose dah tak tahan. Mujur ada kawan yang hantar ke klinik. Memang tak tahan. Demam seram sejuk, sakit kepala sakit, batuk jugak. Cik Rose dapat mc dan ubat-ubatan. Best klinik ni. Dekat dengan rumah juga. Family Clinic, Batu Pahat. 
Balik rumah, makan ubat dan terus baring nak tidur,. Tapi, tak dapat tidur. huhu.



Mungkin badan tak sihat sebab kepenatan kot. Rasanyalah. cik Rose bukan muda lagi. (eh mudalah, baru 31. hikhik)

Esoknya 24 Disember 2019. Masih tak sihat. Tak pergi kerja. Terus makan ubat macma biasa. Rabu, 25 Disember 2019, cuti Krismas. rasa macam nak baik. Bila malam menjelma, menggigil balik. Esoknya ke klinik lagi. Klinik lain pula. Ubat lain juga doktor bagi. Terkejut kejap bila kena bayar bil klinik, RM81. Mahalnya! 

Jumaat, 27 Disember 2019. Bangun pagi, kepala jadi berpusing pula. Berlarutan hingga Isnin, 30 Disember 2019. Demam kali ni, lama benar. Tak larat sangat rasanya. 

Bila tak sihat, mulalah Cik Rose terbayangkan keadaan arwah Kakak Cik Rose, Kakyang. Cik Rose yang sakit macam ni pun dah rasa tak larat. Bagaimana pula keadaan arwah yang diuji dengan sakit dulu. (Mohon sedekahkan Al Fatihah dan bacaan AlQuran buat arwah kakyang, Rosliana Ruslan)

Ketika Cik Rose menulis entry ini, Khamis 02 Januari 2020. Alhamdulillah, beransur baik. Cuma pahit mulut je tak hilang lagi. 


Peneman setia, asam legend ni. hihi.



Moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. 

Bila tak sihat, memang tekak nak makan sup jer. Cik Rose suka makan sup daging kedai ni. Kedai Seri Nor Idaman, Taman Soga, Batu Pahat. Sedap sangat pada Cik Rose. 


2019 yang melukakan hati Cik Rose dan keluarga, Moga 2020, menjadi lebih baik. Semua kenangan kan tersemat di hati, tak mungkin terlupa.


5 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan cik rose pada tahun ini.

    Al-fatihah dengan bacaan untuk arwah kakyang

    ReplyDelete
  2. aduhai penat sangat tu kot cik Rose, dari BP ke Kl, lepas tu balik BP pastu ke Sungai Buloh pulak memang badan penat sangat, kene makan suppliment kot cik ROse bila rasa badan penat sangat... bukan la sebab cik ROSe dah tua, baru 31 dik oi heheheh

    ReplyDelete
  3. Ramai yang tak sihat penghujung tahun 2019 rupanya ye

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah berkat sabar semuanya dipermudahkan ;-)

    ReplyDelete