Friday, January 24, 2020

Gigi Depan Sakit, Perlu Buat Rawatan Akar

Asalamualaikum. 
Apa khabar semuanya? Moga baik-baik sahaja. 

Januari. 
Januari yang sibuk buat Cik Rose. Banyak program sepanjang Januari dan juga kerja hakiki. Menyebabkan lama pula tak menjengah blog sendiri. Tak cukup masa wei.. hihihi.

Perasaan di Januari pun bercampur baur. Dan Cik Rose akui, yang  Cik Rose stress pada awalnya. Sampai boleh termenangis. Hahaha. Tak apa, air mata tu la penawar buat diri ini. Lepas menangis, lega sikit kan. Dapat lepaskan beban di jiwa. 

Januari juga, kesihatan Cik Rose diuji. Dah berapa kali ke klinik. Alhamdulillah. ALLAH uji sebab Allah sayang. Ingat yang tu je.

Dimulai dengan demam sampai sakit-sakit badan, sakit gigi( yang ni yang Cik Rose nak cerita kejap lagi) dan sakit jari kaki. 

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.


Sakit gigi memang tak boleh bawak bincang!

Kan. Sape yang sakit gigi, dia taulah macam mana. Rasa bengang, sakit gigi tu tarik ke mata dan kepala. Dengar bunyi bising, bertambah sakit. Huhu.

Permulaannya, Sabtu malam( 4 januari) tu Cik Rose dah rasa macam nak sakit gigi depan ni. Gigi arnab/kapak tu. Dulu, sekitar tahun 2010/2011 pernah sakit dah gigi ni. Pergi klinik swasta, doktor cadang nak buat rawatan akar atau cabut dan pasang gigi palsu. Masa tu tengah sakit, jadi kena balik dulu. Makan ubat. Bila dah baik, kita ni lupa nak ke klinik baliklah kan. 

Selepas beberapa bulan, sakit balik gigi tu. Cik Rose ke RSAT pula. Masa tu kerja di MINDEF. Doktor tentera cakap, tak perlu buat rawatan akar. Dia akan tampal dinding gigi Cik Rose tu. Lega dengar! Alhamdulillah. Dah tak sakit lepas tu. Cuma, kalau makan atau minum yang sejuk dan panas, akan rasa ngilu. 

Bayangkan dari tahun 2011, dah baik masa tu. Sekarang tahun 2020, sakit tu muncul. Huhu. 

Sambung balik cerita tadi ea. 

Hari ahad tu pergi kerja macam biasa. Gigi dah rasa sakit. Buat biasa je. Tahan. Sebab sakit manja-manja lagi. Tak makan ubat pun. Balik kerja, sakit tu menyerang. Tak boleh tahan. Makan ubat tahan sakit.

Isnin, gusi sedikit bengkak. Makin sakit pula. Pergi kerja lagi. Makan ubat sakit gigi yang Cik Rose beli di kedai, sebelah pagi. Eh, tak berkurang pulak sakitnya. Tengahari keluar dengan member office. Alang-alang dah kat luar, beli ubat sakit gigi di farmasi pula. Ingat lagi masa tu beli roti untuk makan tengahari. Sudahnya, tak makan roti tu. Sakit tak tahan. Tapi, perut lapar. 

Petang bibir dah bengkak sikit, ekoran gusi bengkak kan. Sebab gigi depan, nampaklah kan.  Petang tu, kumur air garam. Kawan cakap, boleh kurangkan sakit. Mak ai. Lepas kumur, makin sakit! Menyesal pula rasa. Kumur balik dengan air biasa, nak hilangkan garam tu. Malam tu, makan lagi ubat sakit gigi. Tapi, sakit tak berkurang. Makin sakit. Tak tidur satu malam. Aduhai tak sanggup rasanya masa tu menahan. 

Esoknya Selasa. Dalam dok sakit tu, pergi juga kerja. Bila sampai pejabat, dok fikir macam-macam. Sebab sakitnya tak berkurang, makin bengkak mulut. Mata dan kepala pun sakit. Buat keputusan ke klinik kesihatan Batu Pahat. Cik Rose naik grab masa tu. 




Sampai di klinik, menunggu giliran. Hati dup dap, dup dap. Berdebar. Sampai giliran Cik Rose.  Doktor tanya. Cik Rose cakap yang sakit gigi dan nak tampal gigi. Suka-suka je buat keputusan nak tampal. Hahaha. 

Prosedur biasa, mula-mula Doktor check keadaan semua gigi. Lepas tu, gigi kita diketuk sedikit. Nak tahu betul tak gigi yang kita ingat sakit tu, sakit. Kadang-kadang yang sakit gigi lain, tunjuknya lain. Dalam kes Cik Rose, betul gigi depan tu yang problem. 

Doktor cakap kena buat rawatan akar. Tapi, tak boleh buat hari ini. Akan masuk dalam temujanji dulu. Cik Rose terus potong cakap doktor. Dan tanya, boleh tak kalau tampal je. 

Jawapannya? Tak boleh.

Kesan tampal di gigi Cik Rose masih elok. Tapi, Cik Rose rasa sakit. Maknanya dah kena saraf doktor cakap. Jadi, kena matikan akar. 

Takut!!!!


Jadinya penghujung Januari ni, Cik Rose kena pergi lagi klinik kesihatan untuk buat rawatan akar. Doktor bagi ubat tahan sakit, yang tinggi dosnya. Sebab memang sakit tahap tak boleh tidur malam. 

Dah makan ubat tu, makan masa juga nak baik. Bibir rasa kebas. Hingga sekarang, masih rasa sakit sikit-sikit. Rasa gigi tu dah macam ke depan(perasaan je). Cik Rose tak boleh minum direct air panas atau sejuk. Kena guna straw. 

Moga dipermudahkan semuanya. Dan moga tak sakit lagi gigi ni. 


Korang ada pengalaman buat rawatan akar gigi?  Kongsilah dengan Cik Rose. 

Buat masa ni, inilah peneman Cik Rose :




Hati masih berdebar menanti 29 Januari 2020.



7 comments:

  1. sakit gigi memang tak boleh tahan.
    abis semua deria lain ikut sakit!
    aida pernah cabut gigi bongsu. salah arah tumbuhnya. menderita la 2-3 hari sebelum tu kesakitan.
    bab rawatan akar ni, anak sulung aida sedang buat. dah lama, dari darjah 1.
    masih lagi under rawatan hingga sekarang - tingkatan 3.
    tak mudah. sebab bila libat akar gigi, byk komplikasi :(

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. semoga dipermudahkan segala urusan cik rose. sakit gigi memang takleh nak bawak bincang. huhu

    ReplyDelete
  3. root canal treatment biasa tak sakit kak. well, sakit msa dia cucuk untuk dibius je la kot. tp sekejap je. better buat RCT sbb nanti gigi tu 'dah mati' and probability nak sakit balik sgt rendah. good luck utk next appointment!!!

    ReplyDelete
  4. sakit gigi memang tak boleh bawak bincang, sakit dia tu terus ke kepala rasanya...
    seram lak kene buat rawatan matikan akar tu, tapi janji lepastu gigi dah elok tak sakit kira ok lah tu...
    moga di permudahkan semuanya bt cik rose yek

    ReplyDelete
  5. Sy penah bt rawatan kanal akar tu 3btang gg dpn ats.. Masa bt rawatan xsakit pn cuma masa dokt korek2 akar gg rasa mcm singkir gg mcm tu.. ngilu je.. Tp xsakit..mgkin sbb bunyi dia..����sy xsure jgk dia pnya rawatan tahan kekal ke tak,,sbb sy pnya ni dah 11tahun,,

    Tp mcm dah best dah bln sept 2020 ni mcm gg tu dah reput dgn sndiri,,
    Ada la satu hari makan keropok rangup sgt smpai terkena gg dpn ni tgk2 mcm dah sopek sket,,last ujung bln rasa ngilu je..sengal2..tp xda la skt mcm time skt gg yang ada akar..

    Sy pn dlm perancangan nk g jumpa dokt tu blik nk tahu apa kesudahan gg sy ni..���� nampaknye nk kena cabut dh kot..

    Ok smga urusan kita dipermudahkan..amiin

    ReplyDelete
  6. Gigi kak roses lepas buat rawatan canal ade perubahan ke please jawab kak roses

    ReplyDelete