Tuesday, May 12, 2020

Cara Buat Murtabak Sama Seperti Murtabak Bazar Ramadhan

Cara Buat Murtabak Sama Seperti Murtabak Bazar Ramadhan. Assalamualaikum. Bila tiba bulan Ramadhan, terbayang kemeriahan Bazar Ramadhan.Ramai yang berniaga. Pelbagai menu yang ada di Bazar Ramadhan. 

Kuih muih, lauk pauk, pelbagai jenis minuman dan lain-lain. Bagi Cik Rose, apa yang paling Cik Rose rindukan adalah Murtabak dan air soya. 


Murtabak Bazar Ramadhan miliki penggemarnya tersendiri! 


Ya, betul. Murtabak ibarat pembuka selera bagi Cik Rose. Murtabak daging atau murtabak ayam,  semuanya sedap. hihi. 
Namun, berbeza pada tahun ini. Tiada Bazar Ramadhan yang dibenarkan beroperasi. 

Cik Rose ada ternampak di group Masak Apa Hari Ini di facebook. Ramai yang kongsikan cara buat Murtabak menggunakan kulit popia! Ya hanya kulit popia. Apalagi, tanpa berlengah Cik Rose pun mencuba sendiri. 

Inilah hasil air tangan ku, Murtabak Ayam Special.




Bila tengok hasilnya, rasa gembira sangat. Sebab berjaya hasilkan murtabak sendiri. Alhamdulillah, terima kasih buat empunya idea untuk gunakan kulit popia. 

Cantik tersusun murtabak-murtabak ku ini. Tak sabar rasanya nak menanti waktu berbuka. 
Sabar, sabar dan sabar ya semua. 





Ada yang nak tahu macam mana nak buat? Cik Rose kongsikan di sini ya. Jom ramai-ramai kita buat sendiri murtabak kali ini.

Korang boleh gunakan cara tersendiri untuk sediakan intinya. Ikutlah selera dan kreativiti masing- masing. Sebab kita yang nak makan kan. Buatlah yang terbaik.


Resepi Murtabak Bazar Ramadhan yang sangat mudah disediakan. 


Bahan-bahan untuk inti:

Ubi kentang dipotong dadu
Isi ayam
Bawang Besar di potong dadu
Rempah kari daging
Garam dan sedikit air

Cara-cara masak inti murtabak: 

Masukkan bawang dahulu. Bila dah naik bau, masukkan rempah kari. Biar sampai pecah minyak atau hingg rempah masak. Kemudian masukkan kentang. Biarkan dahulu. Bila separuh empuk, masukkan isi ayam. Biarkan hingga kering, masukkan garam. Dah siap. Kalau perlu, tambah air di awal penyediaan inti ni. 





Cara sediakan murtabak


Pukul beberapa biji telur untuk digaul bersama inti nanti. Style Cik Rose, akan masukkan inti sedikit demi sedikit. Bukan masukkan semua inti dalam telur tu. 

Panaskan pemanggang ajaib atau kuali. Letak minyak sedikit dan ratakan di kuali. Dalam bekas yang lain, letakkan kulit popia. Kemudian, letakkan inti di tengah-tengah kulit popia. Lipatkan menjadi empat segi. 

Angkat dan letakkan dalam kuali. Mudahkan? Boleh tambah sedikit minyak dalam kuali jika memerlukan. 






Ada sesetengah orang, terus letak kulit dalam kuali untuk proses pembalutan tu. Tapi, Cik Rose tak buat macam tu. Sebab takut kulit popia terus keras kejung dalam kuali, tak sempat nak letak inti. hihi. 


Mudah sangat nak buat murtabak ni. Kalau korang teringin nak makan murtabak, buatlah sendiri. Nak tunggu beli, takut tak ada yang jual ke kan. 

Sedap dan mudah. Cuba sendiri baru tahu macam mana. Makan panas- panas, memang berselera jadinya. Alhamdulillah.


Selamat mencuba!

2 comments:

  1. Akak pun dah buat murtabak kulit popia nih, cuma rindu nk makan murtabak johor... sedap daging banyak

    ReplyDelete
  2. kita tak berapa suka murtabak sebab banyak bawang..hahahaha! kalo gini, buat sendiri haa boleh la kurangkan penampakan makhluk bawang tu...

    ReplyDelete