Wednesday, September 23, 2020

DRAMA BICARA CINTA LAKONAN ADI PUTRA DAN EMMA MAEMBONG DI TV3

DRAMA BICARA CINTA LAKONAN ADI PUTRA DAN EMMA MAEMBONG DI TV3. Assalamualaikum. Lama tak tengok Adi Putra berlakon drama di kaca televisyen. Tiba-tiba Cik Rose dapat tahu drama terbaru di TV3 dalam slot samarinda ada ditayangkan sebuah drama lakonan Adi Putra, berjudul Bicara Cinta. 



Drama Bicara Cinta



Bergandingan pula dengan Emma Maembong. Wahh bagaimana agaknya hasil gandingan mereka dalam drama ya? Korang boleh tonton drama Bicara Cinta di TV3 pada jam 10 malam, setiap hari Isnin hingga Khamis. 



SINOPSIS DRAMA BICARA CINTA DI TV3

Anis Sofea kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Penjaganya, Tok Ali dan Nenek Humairah, memujuk Anis untuk berkahwin dengan Adee kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga.

Awalnya, sukar untuk Anis dan Adee hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka. Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai.

Pada suatu hari, Adee tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang. Biapun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka, Hanim.



JUDUL : BICARA CINTA
EPISOD : 13 episod
TAYANGAN : 21 September 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam 
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : Primeworks Studios
PELAKON : Emma Maembong, Adi Putra, Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Balkisyh Semundur Khan, Azrel Ismail, Khaty Azean, Syed Aiman, Beego, Khalida Balqis, Eizlan Yusof, Lisdawati, Rahim Jailani, Yumna Ayuna



Untuk pengetahuan korang, drama Bicara Cinta ni adalah adaptasi dari sebuah novel karya Missa J yang juga berjudul Bicara Cinta. Kalau korang lagi feeling tengok drama ini, bolehlah baca dulu novelnya. Boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran. 



Drama Bicara Cinta




Novel Bicara Cinta Karya Missa J



Anis Sofea, gadis metropolitan berwajah Pan-Asia terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan yang amat getir dan asing jauh dari hiruk pikuk dunia moden.

“Entah Mat Salleh mana yang buntingkan emak kau! Anak aku pulak kena jadi pak sanggup!”
“Nenda!!!

“Heh! Jangan panggil aku nenda! Aku bukan nenek kau!” Puan Sri Mahzan semakin berang bila Anis mula meninggi suara.

Selepas kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya, Anis disisihkan. Dengan hati yang luka dia membawa diri menjejaki asal usul ibunya di Bumi Kenyalang.

“Kamek tok teringin nak bermenantukan kitak. Nilah satu-satunya cara impian kamek tok jadi nyata. Kamek merayu pada kitak, Adee.” (“Aku tu teringin nak bermenantukan kau. Inilah satu-satunya cara impian aku menjadi nyata. Aku merayu pada kau Adee.”) Tok Ali menangis sambil memeluk lengan Adee. Adee terpempan.

Antara rela dengan tidak Anis dijodohkan dengan Adee yang mempunyai sejarah silam dengan keluarganya.

Mampukah mereka membina istana bahagia tanpa cinta?

Namun saat cinta mula berbicara, bencana datang melanda.

“Si Zairee tu kacau kamu lagi ke?” tanya Nenek Humairah.

Anis dalam dilema.

“Oh… mak pun tahu. Hmmm kenapa dia orang ni sorokkan dari aku.” Hati Adee mula curiga.

Mampukah Anis mempertahankan cintanya? Cinta yang mana? Adee atau Zairee? Bicara cinta. Siapakah di hatinya?
 

1 comment:

  1. Macam best pulak drama ni. Pelakon-pelakonnya pula memang dah ada nama. Mantap!

    ReplyDelete