Wednesday, May 26, 2021

REVIEW JUJUR | BERBALOI KE BELI YOUNG LIVING DIFFUSER DAN ESSENTIAL OIL?

REVIEW JUJUR | BERBALOI KE BELI YOUNG LIVING DIFFUSER DAN ESSENTIAL OIL? 


"Mahalnya. Elok ke? Ish yeke ok? Membazir je la. Ala sama je semua minyak."


Itulah yang sering Cik Rose dengar sebelum menjadi pengguna Young Living. Ramai teman di instagram yang kongsikan tentang Young Living ni. Reaksi Cik Rose? Emm mahallah. Tak payahlah beli.




Kakak beli Young Living


Satu hari tu, kakak Cik Rose ~ Along tunjuk  gambar dia beli Young Living. "Wahhh kau beli Along? Mahal tu." Itulah ayat yang keluar dari mulutku. hihi. 


Along beli sebab masa tu dia rasa tak berapa sihat. Batuk-batuk, badan rasa letih, lenguh. Dia guna je selalu sampai dia nampak hasil yang positif pada diri dia. 


Kemudian, Along hadiahkan buat mak dan ayah. Mak cerita, mak diffuse minyak lavender. Lena mak tidur. 




Dalam masa yang sama, Cik Rose masa tu sedang bergelut dengan permasalahan sendiri. Cik Rose memang selalu migrain. Sakit je kepala, tarik mata juga. Tak tahan rasanya tau. Family memang tahu. Dan member satu bilik kat office pun tahu. Yang Cik Rose memang selalu makan panadol di office sebab tak tahan 😰 Minyak cap kapak jadi peneman. 


Nak dijadikan cerita, last year dalam bulan November dan Disember , Cik Rose memang stress teruk. Emosi up and down. Januari 2021, sakit kepala,  selalu berdebar-debar.  Pergi klinik dan doktor cakap Cik Rose sakit kepala bukanlah sebab migrain semata-mata. Sebenarnya sinus juga mengganggu diri Cik Rose. 




Kawal Emosi


Banyak yang Cik Rose cuba kontrol. Kawal emosi, kurangkan kopi(susahnya!) dan akhirnya,  beli Young Living dari kakak. Berdebarnya nak tunggu sampai. Tak sabar nak cuba!  


Cik Rose beli dessert mist + eo lavender + eo lemon = RM350.


Setelah sampai,  Cik Rose pun displin diffuse eo lemon waktu pagi dan eo lavender pada waktu malam.


Eo lavender amat membantu. Tenangkan fikiran, tidur lebih berkualiti ( tidur yang best bukan dinilai dari tempoh kita tidur ya. Tidur sekejap pun tapi kalau nyenyak, amat best!). Alhamdulillah, serasi. 


Kalau nak tahu,  eo lavender juga membantu bisul mengecut. Tak jadi tumbuh. ~ pengalaman sendiri. hihi. 





Eo lemon sedapnya bau! Rasa fresh. Automatik mood happy. Rumah jadi wangi. Kitty pun happy. ~ eh. Buat minum pun boleh! 


Tak cuba tak tahu. Dengar harga, maybe ada yang cakap mahal. Tapi, bila dah cuba sendiri dan rasa perubahan. Yes, berbaloi. Tapi, kena ingat yang YL ni bukan ubat ya. Jangan salah faham. 


Lepas tu, Cik Rose try pula eo Envision. Nak positifkan dirilah katakan. Sapu kat nadi. Kadang-kadang diffuse juga.




Dari situ, makin bertambah minyak Cik Rose. Beli pula eo grapefruit. Minyak ni yang paling Cik Rose suka dan sayang! Bau favourite. 




Beli juga eo purification, rc dan cedarwood. Cik Rose kan ada Kitty (kucing).  Eo purification ni memang best. Cik Rose diffuse je selalu, nak bagi rumah fresh! Nak bersihkan pengudaraan dalam rumah. Korang yang ada kucing kat rumah, trylah eo ni. Puas hati!




Eo rc tu, memang sesuai buat diri Cik Rose. Cik Rose ni kadang-kadang ada masalah pernafasan. Jadi, eo rc ni jadi teman sejati gitu. Sapu sikit kat dada, belakang tengkuk dan hidung. 


Emmm eo cedarwood. Cik Rose tak suka bau dia! Haahaha. Beli sebab tengok banyak kelebihannya. Beli yang botol 15 ml pula tu. Sekali sampai eh kenapa bau dia macam ni? Tak sedap. Macam bau hancing. hihi. Rupanya, mula-mula je bau macam tu.Bila dah biasa, eh ok pula bau dia. 


Boleh gabungkan eo cedarwood dengan lavender. Emm nyenyaklah tidur malam. Cik Rose suka campur eo cedarwood dalam shampoo. Maklumlah ada masalah keguguran rambut, Cik Rose try lah, bila ada yang share boleh campur eo cedarwood ni dengan shampoo. 


Kemudian,  Cik Rose terus beli set PSK. Dapat 11 minyak! Wahhh banyak koleksi minyakku. 




Ada eo: 

Peppermint

Spearmint

Lemon

Lavender

Purification

Digize

RC

Thieves

Copaiba

Frankincense

Panaway





Setiap minyak tu ada fungsi tersendiri. Cik Rose masih belajar apa fungsi setiap minyak ni. Tak cuba, memang tak tahu. Bila dah cuba, baru Cik Rose tahu. Terima kasih Along sebab kenalkan adikmu ini dengan dunia minyak.  hihi. 


Jadi, sesiapa yang berminat boleh contact Cik Rose  ya. Cik Rose takkan share kalau tak berbaloi. 💜




Whatsapp Cik Rose untuk sebarang pertanyaan atau pembelian produk Young Living : http://www.wasap.my/60194964553/nakYoungLiving


3 comments: