LIRIK LAGU INDAHNYA BERAYA DI DESA – AZLINA AZIZ

July 13, 2014


Hari ni, 15 Ramadhan.. Alhamdulillah... Sudah separuh Ramadhan kita jalani.. Ringtone hanphone dah tukar hari ni tau. hihi. Tukar ke lagu Azlina Aziz, Indahnya beraya di desa.. Haruslahkan.. Kan perantau namanya.. Opkos bubuh lagu yang ada kena mengena. Mengikut tema katanya. hikhik..

Jom hayati lirik lagu ni :

Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia


Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usah hampakan hati orang tua


Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri

Bergembira

Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya


Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan
******

p/s : Berharap cuti suami sama dengan cuti sendiri. Maklumlah tentera ni, ada peringkat-peringkat cuti dia. Bukan boleh main mohon je nak cuti bila.. Lagi satu, Rejimen Askar Melayu kan, lagilah bersaing sesama sendiri nak cuti, sebab semua beragama Islam...



You Might Also Like

5 comments

  1. suka lagu ni..lagu raya dulu-dulu memang best!

    ReplyDelete
  2. syahdu nya lahai.
    smga dipermudahkan buat uols suami isteri.ros cuti brpa hri raya nanti?

    ReplyDelete
  3. sana sini lagu raya beekumandamg dh...sekejap je rasa

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS