LUPAKAN KENANGAN DUKA, DAN TERUSKAN MELANGKAH!

February 16, 2015



Seringkali kita dihidangkan dengan kata-kata 'don't judge a book by it's cover'. Namun, memang itulah yang selalu terjadi, kan? Orang sentiasa akan menilai kita dari luaran. Orang akan selalu menilai kita sebelum mengenali kita. Lumrah kehidupan. 

Pernah tak menghadapi situasi Si A berkelahi dengan Si B. Kita di tengah-tengah. Kita usahakan supaya keadaan menjadi jernih agar Si A berbaik dengan Si B. Akhirnya kita pulak yang terkena. Maksudnya, Si A sudah berbaik dengan Si B, kita pula yang menjadi mangsa keadaan hingga Si A dan Si B, meminggirkan kita. Oh sedihnya jadi macam tu!
Apakan daya, terima je lah. 
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita dah membantu merapatkan silaturrahim walau kita yang 'terkorban'.



A smile can hide so much.., fear, pain, sadness, tears 
but reflect one thing : STRENGTH.

Betul kan?. Senyuman boleh menutup cerita sedih, duka, luka, pedih yang bersarang di hati kita. Bukanlah bertindak mahu memendam rasa, namun kadang kala, ia lebih baik jika hanya kita yang rasa. Tak nak orang sekeliling turut  merasa apa yang kita rasa. Tapi, jangan selalu memendam. Takut bawa kesan negatif. Kemurungan ke kan? Jadi, berpada-pada ye berkongsi rasa. Bersederhana. Jangan terlebih berkongsi perasaan, takut jugak di salah ertikan, dan disebarkan. Emm apapun, semuanya terletak pada diri kita sendiri. Kita yang bertanggungjawab sepenuhnya pada diri kita :)

Entry ni sekadar menulis dari hati, tiada kena mengena dengan perasaan penulis. Ecewahh. hahahha :) 



You Might Also Like

13 comments

  1. Ermm seksanya kalau saya berada di situasi tu. How could them? Setelah kita cuba jernihkan hubungn mereka tapi kita pulak yg kena.

    Takpe. Allah knows the truth. Be strong :)

    ReplyDelete
  2. betul tu..kenangan tu ada yang manis untuk dikenang dan ada pula kenangan yang menyakitkan hati..

    ReplyDelete
  3. begitulah sifat manusia . usaha morni jarang dihargai . ada sesetengah perkara mmg kena pendam aka x blh kongsi dgn org lain ...

    ReplyDelete
  4. Akak suka kata-kata yang akhi tu. Betul, sebuah senyuman mampu selindung macam2 perasaan pemiliknya. Senyuman yang terukir tu memang simbolik sebuah kekuatan.

    ReplyDelete
  5. tulah pasal kadang-kadang malas nak campur orang bergaduh ni..hehe

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan Kak Ros, tak semua orang dapat sembunyikan kesakitan, masalah dia melalui senyuman..cuma orang yg betul2 mempunyai kekuatan je yg mampu :)

    ReplyDelete
  7. Memang sakit kalau kita yg terkorban akhirnya :)

    ReplyDelete
  8. kita sbg org tengah boleh meleraikan pergaduhan then mereak meminggikan kita selepas itu mmg tindakan yg tak PATUT..tapi x pe ambil sbg iktibar..hanya Allah yg membalas segala kebaikan yg kita lalkukan bukan mereka

    ReplyDelete
  9. Ada pulak macam tu..
    Kita tolong tapi both sides pinggirkan kita.
    Manusia yang pelik.

    ReplyDelete
  10. betul..di sebaliksenyum tersimpan kedukaan..hanya org yg kuat saja alami n tabah hadapi dugaan hidup

    ReplyDelete
  11. eeeh A dengan B gaduh gaduh.. C tersepit tengah2.. C cuba nak damaikan then A ngan B pun berbaik..
    lepas tu pinggirkan C ??? apekah A dan B ? maka C silalah beredar pergi juga tak perlu hiraukan A dan B sebab ada D-Z tengah tunggu nak buat kawan =)

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS