LIRIK LAGU ANUAR ZAIN - ANDAINYA TAKDIR

December 21, 2016


Assalamualaikum.

Andainya Takdir dari Anuar Zain. Lagu baru dari Anuar Zain. Korang pernah dengar tak lagu ni? Cik Rose dah jatuh cinta pulak dengan lagu ni. Cik Rose dengar di radio, macam terbawa-bawa pula emosi ni. Bila Cik Rose tengok klip videonya, lagilah meruntun jiwa Cik Rose ni. Sedih tau. Sharifah Sakinah melakonkan watak sebagai isteri Anuar Zain , dan Puteri Balqis sebagai anak mereka. 

Dorang ni duduk kampung. Anuar Zain ni berkerja sebagai nelayan. Dorang hidup bahagia bersama di kampung. Satu hari, si isteri (Sharifah Sakinah) nampak iklan ujibakat jadi penyanyi. Dia minta izin suami nak pergi. Suaminya izinkan. Bila dah sampai ke bandar, si isteri dah jadi penyanyi popular. Dia mula lupakan suami dan anak. Malam konsert, suami dan anak datang. Dia buat tak tahu, sampai bodyguard halau suami dan si anak tu. Lepas tu, dorang berpisah. Si isteri macam ada hubungan pula dengan orang lain. Satu hari, si suami ni dah selamatkan seorang ahli perniagaan dari dirompak hinggakan dia terkena tikaman. Sebagai menghargai pertolongannya, orang kaya tu tolong dan berikan perkerjaan. Si suami dah berjaya, dan anaknya pun dah besar. Edegan last, si isteri ditinggalkan kekasihnya dan terserempak dengan bekas suami dia. Habis.. Ha, detail tak penceritaan Cik Rose?. Jujurnya Cik Rose suka perjalanan cerita dalam klip video lagu Andainya Takdir ni. 

Macam biasa, Cik Rose kongsikan lirik lagu Andainya Takdir buat semua. Jom kita hayati.

LIRIK LAGU ANUAR ZAIN - ANDAINYA TAKDIR

Biarlah tiada pesan dan janji 
Biar tiada kau di sisi 
Aku mengerti 

Seterdaya semampuku 
Kucoba menunggu 
Biarlah lompang hatiku ini 
Mengharap pulang kau yang pergi 

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka, biar berlalu



Biarlah waktu ini 
Kau bebas berlari
Jika tersasar hilang arahmu 
Pulang ke pangkal ku menunggu 

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka, biar berlalu 

Biar sementara ini 
Tiada terisi kekosongan hati 
Diriku air tenang mengalir tuju muara 
Andainya memang takdir, berakhir, kuredha 

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka oh biar berlalu 



You Might Also Like

2 comments

  1. lps tau anuar zain kuarkan single trs cri video klipnya...
    mmg layan betul tgk video klip ngn dgr dia nyanyi... tp naper lah AZ bt muke dia kan, nampak sgt tang pipi tuh

    ReplyDelete
  2. akak pun kipas susah mati anuar zainnnnnnnnn hehehe

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS