SUSU KOTAK ANLENE PERISA COKLAT | INILAH REALITI

Sunday, 23 June 2013

SUSU KOTAK ANLENE PERISA COKLAT



Minggu lepas, saya terlibat dengan menjadi urusetia untuk temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred W17. Start pukul 7.30 pagi. Maksudnya, saya kena pergi office awak la kan. Pastu mesti tak sempat breakfast. Saya ni jenis yang kena breakfast, kalau tak nanti perut meragam.  

Jadi, saya pun buat persediaan awal la kan. hihihi. Pergi Giant dengan niat nak beli susu Omega yang dalam kotak tu. Lagi senang, tak payah nak bancuh kan pagi-pagi tu. Buka peti ais, terus minum ngan roti je. Tapi, time saya pergi tu, susu omega tu out of stock. Emm ramai pulak ye yang membelinya... Pastu ternampakla susu kotak anlene... comel je kotaknya.. Ada 4 kotak dalam 1 pek tu.. Saya pun belu lah perisa coklat...

Gambar dari google. Saya tutup harganya ye.


So, selama 4 hari lah saya breakfast susu coklat Anlene ni bersama roti.. hihihi. Sedap jugak, tapi agak manis la susu ni. Tak tahu la kot saya je yang rasa manis kan..

Boleh pulak breakfast ngan susu. Kalau tak mesti cari mihun goreng ke, kuih ke, nasi lemak ke.. hihihi.





"Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat yang telah Kau berikan kepada ku dan keluargaku... Ya Allah, aku mohon padaMu Ya Allah, kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah buatku dan suamiku(Roshazareeza dan Muhammad Sabri). Juga buat semua yang sedang menanti rezeki dariMu Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah Maha Mengasihani HambaMu ini, Ya Allah." :)

5 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply Comment

lama tak minum anlene..huhu

Teena Tna said... Reply Comment

Baguslah breakfast ngn susu..Teena pun dulu sebelum tidur mesti minum susu, tp skang dah malas.

Fifi Nadhrah said... Reply Comment

kalau da terdesak ape pon boleh.. try hari biase breakfast macam ni.. perut nak terime ke tak?

QasehnyaRania said... Reply Comment

sekali sekala tukar minum susu bagus kan.

jgn diaml kan sgt nasi lemak tu ye

Deqla Manjew said... Reply Comment

deqla ni kalo perisa cekelat, tekak boleh telan la..kalo susu putih semata mmg tak la..hahaha..