PEMANAS AIR DARI SPRITZER

December 31, 2013


Alkisahnya Heater saya rosak Sabtu lepas. Bukan rosak kat plug. Dia tak boleh tutup rapat. So bila kita masak air, air akan membuak dan keluar dari bekas dia. Oh sungguh bahaya la kan macam tu. Takut kena sambar elektrik kan sebab basah.. 
Kebetulan, petang Sabtu tu saya keluar ngan suami gi Danga City Mall, teringin nak makan Chicken Chop kat dalam tu. Murah je.. RM 5.90. eh, siap mention harga lagi. hikhik. Kat dalam tu, ada supermarket UO jugak. Saje la lepas makan tu jalan - jalan kat situ. Tengok-tengoklah heater kan. Ingat nak beli heater je. Sekali ternampak pemanas air dari spritzer. Dok belek-belek, lepas tu berkenan. Terus beli. Guna air mineral je la kan. Nanti dah habis air tu, gi je beli kat mesin air lagi. Dr. sukida ke ape ke kan... 

Tadaaa.. Inilah dia.... Ada panas dan suam. Guna elektrik.


 



Nak  tahu tak.. Bila dah sampai rumah kan.. Suami saya kata lagi baik kalau kita beli pemanas air yang macam Pansonic tu ke atau brand yang lain. Maksudnya yang macam masak air tu.. Yang boleh reboil tu... Tambah sikit je lagi dah dapat. Untunglah sebab tak payah beli air mineral.. Kita boleh masak je.  Tiba-tiba saya terfikir, iye jugak kan?.. huhu. Boleh jimat kat situ. Hmmm tapi tak apa lah. Dah beli dah pun. Kita guna je la, iye tak???... hihi...

Dalam hati cakap kat diri sendiri. Tu lah masa beli tak menyempat-nyempat. Nak jugak. Lain kali surveylah dulu kan...  Pengajaran buat diri sendiri!



You Might Also Like

14 comments

  1. dispenser macam ni ada orang kata mudah.. tapi saya pulak kurang berkenan.. suka yg masak tu..

    ReplyDelete
  2. pasai murah

    kita pun selalu mcm ni.

    beli pasal murah hi

    ReplyDelete
  3. rumah sis x de pemanas air. pakai termos jer.
    tapi memang senang kalo ade pemanas air..lg2 kalo time nak bancuh susu anak. :)

    ReplyDelete
  4. ok jgk tu..
    t ada rezeki lebih beli yg reboil lak..hehe

    ReplyDelete
  5. tapi air Dr Sukida mmg sedap..hahaha...ok, lari topik!

    ReplyDelete
  6. senang je zaman skrg ni kan.. nak pakai coway mahal.. spritzer ni pun dah memadai :)

    ReplyDelete
  7. Ramai orang guna macam ni sekarang kat rumah kan.. senang :D

    ReplyDelete
  8. wahh senang la kan.. habis ganti je ngan air botol tu.. bagus2..

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS