Kem Majidee ditutup Secara Rasmi

June 23, 2014




Sayu je hati bila tengok gambar ni.. Ye, secara rasminya Kem Majidee di Johor bAhru telah ditutup semalam, 22 Jun 2014. Gambar dibawah ni, sewaktu Perbarisan Istiadat Paluan Berundur sempena Penutupan Kem Majidee.. Sebenarnya, anggota 10 RAMD telah pun berpindah ke Kem yang baru di Kem Banang, Batu Pahat, Johor pada awal Mei yang lalu.. 

Bila tengok gambar ni, entah kenapa hati jadi sedih je.. Sedangkan saya yang hanya isteri anggota tentera pun boleh tersentuh, bagaimana pula hati mereka, anggota tentera.. Pasti tersimpan 1001 perasaan.. Sebenarnya banyak memori yang tersimpan.. 

Sumber berita di bawah dari : UTUSAN ONLINE





 JOHOR BAHRU 22 Jun - Kem Majidee yang ditubuhkan 74 tahun lalu, ditutup secara rasmi semalam dalam satu majlis penuh istiadat ketenteraan sebagai tanda penghormatan sebagai salah sebuah kem Tentera Darat Malaysia (TDM) yang tertua di negara ini.
Majlis dimulakan dengan perbarisan istiadat paluan berundur yang merupakan tradisi sejak turun-temurun dan disaksikan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Yang turut hadir menyaksikan detik bersejarah itu ialah Panglima 7 Briged, Brigedier Jeneral Ab. Aziz Abdullah dan Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan.
Perbarisan dimulakan sebaik sahaja matahari mula terbenam sebelum tetuang atau trompet yang membawa lagu The Retreat didendangkan tepat pukul 6.30 petang dan serentak itu juga, semua bendera pasukan diturunkan.
Ab. Aziz yang juga Penasihat penganjur majlis tersebut berkata, majlis penuh istiadat ketenteraan dan jarang-jarang dipertontonkan itu amat bermakna khususnya kepada anggota dan pegawai yang pernah berkhidmat di situ.
"Kem ini telah banyak berjasa dan menyimpan pelbagai kenangan kepada kami semua. Hari ini pastinya akan menjadi sejarah yang akan dikenang sehingga bila-bila,'' katanya.
Dibina di tanah seluas 134 hektar antara Jalan Bakar Batu dan Lebuh Raya Tebrau pada Mac 1930, Kem Majidee mula diduduki tentera British selepas Jepun menyerah diri di Singapura pada 1942 sebelum diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada 11 November 1957.
Kesemua pasukan yang berada di dalam kem itu akan dipindahkan ke kem baharu di Ulu Tiram dan Batu Pahat.
Kem berkenaan akan diserahkan kepada Syarikat Selia Pantai Sdn. Bhd. pada 1 Julai ini bagi pembangunan projek Kota Southkey.




p/s : Husband saya tak terlibat dengan perbarisan ni.. 

Sumber : UTUSAN ONLINE







You Might Also Like

7 comments

  1. Ohhhh.... kakak boleh tak tahu Ros. Kalau kat Banang tu best jugalah sebab kawasan lebih tenang dan luas..

    ReplyDelete
  2. nk dibangunkan jd apa tuh tanah tuh? syg nyer kalu di jadikan supink complex, kalu di pelihara n pulihara boleh jd kan tempat bersejarah utk dikunjungi generasi akan datang... kem tu lg tua dr malaysia kan...

    kalu akak pun msti sayu

    ReplyDelete
  3. sedey kan.
    mesti TDM lagi terasa

    ReplyDelete
  4. salam ros..
    tgk org berkawad ni teringat cma mase berkawad perbarisan dlm panas2 terik tu..huhuhu..

    dah tertutup kem ni ya..semoga ada yg lebih baik menanti.

    ReplyDelete
  5. mesti sedih diorang kan ros....byk kenangan kat situ

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion