ULANGTAHUN KE 5

June 16, 2014

Semalam boleh pulak tak perasan tarikh.. Rupanya semalam, 15.06.2014.

Ulangtahun masuk kerja yang ke 5 sebagai penjawat awam.. Kejap je masa berlalu ni.. Lapor diri pada 15.06.2009. Alhamdulillah. Diberi rezeki untuk mendapat pekerjaan tetap.Terima kasih Ya Allah.Terima kasih mak ayah sebab doakan Ija untuk mendapat pekerjaan. Terima kasih ahli keluarga. Terima kasih buat semua. Dalam 5 tahun ni, banyak benda dah belajar, dan masih dalam proses pembelajaran. Telah berada dalam dua organisasi yang berbeza dalam tempoh 5 tahun ini. Melapor diri di MINDEF (Kementerian Pertahanan),Kuala Lumpur. Setelah 3 tahun 5 bulan di sana, dapat bertukar di Kastam Johor Bahru pula, atas alasan mengikut suami. Kalau dulu di tempat lama, buat kerja perjawatan. Sekarang di tempat baru, buat kerja servis. Alhamdulillah. Terima kasih buat rakan-rakan sekerja di tempat lama. Juga rakan-rakan kerja di tempat baru. 

Sekarang ni, berharap dapat bertukar ke Batu Pahat. Moga ada rezeki untuk bertukar. Insyaallah..


p/s : Saya akan ke Putrajaya petang ni untuk menghadiri Mesyuarat E-Penempatan di Ibu Pejabat selama 4 hari, hingga hari Jumaat ni. Moga dipermudahkan. First time bertugas luar semenjak kerja di Kastam Johor Bahru. Kalau di Mindef dulu, kerap berkursus di luar.. 




You Might Also Like

18 comments

  1. selamat ulang tahun ros..moga kekal bahagia selamanya... klik petronas n tiger balm di sini...

    ReplyDelete
  2. wah..lama dh..apa pun moga sis berjaya dalam kerjaya!;)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dah 5 tahun..moga ada rezeki bertukar lagi :)

    ReplyDelete
  4. ingatkan anniversary apa..hihi..happy anniversary!! keje bebaik..

    ReplyDelete
  5. tahniah.. semoga berjalan lancar dan dipermudahkan urusan.. :)

    ReplyDelete
  6. wahhh...tahniahh....dah genap 5 thn yeee jd SYMP...akak baru 14 thn...hik!hik!...bila ntah nak pencen nie hoi...

    ReplyDelete
  7. Selamat ulang tahun ke 5 :)

    ReplyDelete
  8. good luck.
    maknanya ada diputrajaya la skrg.
    leh la pi pesta floria.. hihi

    ReplyDelete
  9. insyaallah moga dipermudahkan tukar, tahniah dah 5 tahun dpt kerja tetap.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah lama juga bekerja di tempat yg sama 5 tahun

    kalau sy tak tahu la, selang 2 tahun mesti tukar environment. hihi

    Semoga dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  11. tahniah.. selamat menyambut ulang tahun bekerja.. hehe

    ReplyDelete
  12. wah dh 5 thun keje..tahniah rose

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS