Raya, Raya, Raya...


Assalamualaikum.

Hari ni, 22 September 2015. Lagi 2 hari, tibalah Hari Raya AidilAdha. 

Tak ke mana kot raya ni. Suami kerja. Takpe, dah biasa.. Sedangkan Raya Aidilfitri pun dia kena kerja, inikan pula AidilAdha :)

Tapi, Alhamdulillah. Mungkin seminggu lepas raya, dapat cuti kot. Kalau comfirm dapat cuti, maka kami akan bergerak balik kampung di Kedah. Kesian kat suami. Dah lama tak dapat balik kampung. Saya dapat jugak balik sorang masa raya puasa hari tu. 

Jiran pun dah balik kampung. Dah agak sunyi jugak kawasan perumahan. Office?.. Lagilah sunyi. Ramai yang dah bercuti dari hari Ahad lagi. Tinggal beberapa orang je ni, yang mempunyai sebab tersendiri tak nak bercuti. Hihihi.. Ada yang kmemang asal orang sini, jadi tak ambik cuti. Ada yang senasib dengan saya. hikhik.. Apapun, kepada yang memulakan perjalanan ke kampung, moga selamat tiba ke destinasi. Buat yang memandu, hati-hati di jalan raya. Utamakan keselamatan, ingatlah orang yang tersayang yang menanti kepulangan kita :)

Lagu raya. Amboi... over tau radio! Pakat putarkan lagu raya! Hari raya AidilAdha, tapi dah putar lagu raya AidilFitri. Nak, nak dengar lagu Balik Kampung. Lagilah hati ni melonjak-lonjak nak balik kampung. hihi.. Takpe, sabar. InsyaAllah, minggu depan :)

Juadah raya. Belum fikir nak masak apa. Yelah, kita ni bukan masterchef. Masak biasa-biasa je kot. Ingat nak buat Laksa Penang. hihi. Korang masak apa?.. Mesti lengkap dengan ketupat, rendang bagai kan.. Sedapnya! 

Duit raya. Haaaa, sape nak kena datang rumahlah :)

Esok, jomlah kita puasa sunat sesama :)


Previous
Next Post »

9 comments

Click here for comments
22 September 2015 at 15:37 ×

AidilAdha selalunya disambut dengan kesederhanaan sahaja...

Balas
avatar
admin
22 September 2015 at 15:45 ×

tak balik kampung, tapi esok nak cuti..masak apa yang patut..salam Aidiladha, ros

Balas
avatar
admin
22 September 2015 at 15:57 ×

brunei pun sambut hari raya aidiladha 2 hari lagi :D

Balas
avatar
admin
22 September 2015 at 16:50 ×

Salam Aidiladha yer, Zumal tak buat persiapan apa pun untuk raya sebab raya berdua ja rasanya...

Balas
avatar
admin
22 September 2015 at 17:43 ×

mv pulak balik kg mlm rabu then mlm khamis blk kk sebb jumaat kerja

Balas
avatar
admin
28 September 2015 at 03:48 ×

Raya berdua dgn suami jelah, ye. Tak pe, balik cuti lepas raya pun ok je :)

Balas
avatar
admin
28 September 2015 at 21:08 ×

semuanya pasal RAYA!!!

Balas
avatar
admin
29 September 2015 at 16:56 ×

ciksu balik hari rabu
sampai raya keempat j ddk kedah n perak
ciksu x buat apa pon just buat kek coklat j bawa balik kg
selebihnya balik bawa perut pergi mkan daging. kikiki
dgr lagu raya dkt thr gegar

Balas
avatar
admin
29 September 2015 at 22:50 ×

dapat dak cuti ? hehe balik ke kampung la ni eh.. balik Kedah ? hoyeh2..

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment