Breaking

Tuesday, August 21, 2018

Salam Aidiladha dari Cik Rose buat semua

Assalamualaikum. 

Di kesempatan ini, Cik Rose ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam.. Alhamdulillah, moga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. 

Tahun ini sedikit berbeza dengan yang raya lepas-lepas.

Kalau raya sebelum ini, sama ada beraya dengan keluarga atau dengan suami. Maksudnya, jika suami tak bertugas luar, memang raya berdua. Tapi, kalau suami bertugas luar, memamg Cik Rose balik kampung. Raya dengan mak ayah dan keluarga.

Tahun ni lain sikit rentaknya. Plan semua last minit. Akhirnya tiket habis. Maka, rayalah di perantauan. Hahaha. Tak apa, ada anak saudara menemani. Hikhik. 


Malam raya, makan cempedak goreng! Aduhai sedap uols. Hihi. Memang lama teringin nak goreng sendiri, ni baru berkesempatan buat. Nyum nyum!


Rezeki semalam, jiran kem beri cempedak dan rambutan. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak. Sedap!

Di kesempatan ini, Cik Rose ingin memohon kemaafan buat semua yang mengenali jika selama ini ada tutur bicara yang mengguris hati. Perlakuan yang terkadang membuat hati terusik. 

Cik Rose hanya insan biasa. Tak lari dari melakukan kesilapan. 

~untuk keluarga, Cik Rose call . Hihi. 


3 comments: