Antioxidant Serum By Sanny & Joleen Lifestyle

Friday, May 17, 2019
Antioxidant Serum By Sanny & Joleen Lifestyle | Assalamualaikum. Setiap dari kita mesti nak miliki wajah yang bersih dan sihat kan. Bila usia meningkat, banyak faktor yang harus di ambil kira. 

Cik Rose sendiri, sekarang ni memang jaga betul-betul. Nak dapatkan kulit yang bersih. Putih? Oh tidak. Itu bukan keutamaan. Tak naklah Cik Rose ambil risiko terhadap wajah sendiri. Nak baikpulih bukan senang. Ambil masa! Jangan menyesal di kemudian hari. 

Sebab tu, korang kena pilih betul-betul dan teliti kandungan sesuatu produk yang korang nak guna. 


SERUM

Kalau korang follow instagram Cik Rose, mesti korang tahu yang Cik Rose memang sukakan barangan penjagaan wajah sekarang ni kan. Bukan sekadar pembersih, toner, krim, mask. Serum pun Cik Rose pakai, dan pilih betul-betul. 

Cik Rose nak kenalkan salah satu serum yang Cik Rose dah guna. Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle. Comel je tau botolnya. Comel bukan sebarang comel. Comel banyak khasiatnya. hihi. 



Kelebihan Antioxidant Serum

  • Membaiki tekstur kulit agar lebih sihat, segar, anjal dan tona lebih sekata.
  • Memudarkan bintik-bintik hitam/ parut / jeragat kesan daripada pigmentasi
  • Mengecut, merawat dan menghilangkan kesan jerawat.
  • Memperbaiki kesan sunburn / lebam bawah mata
  • Mengecilkan pori-pori kulit
  • Melembapkan dan menghidrasi kulit.
  • Membantu melambatkan kesan penuaan
  • Melicinkan dan mencerahkan kulit.

Nak tahu kandungannya? 

KANDUNGAN ANTIOXIDANT SERUM




Bahan utama dalam serum ini ialah:

Tocotrienol (Vitamin E)
Boleh bertindak sebagai anti-penuaan, mengurangkan kedut dan garis halus

Panthenol (Pro-vitamin B5)
Boleh melembabkan dan menghidratkan kulit

Niacinamide (Vitamin B3)
Boleh merawat jerawat dan mengurangkan bintik hitam

Calendula Oil
Boleh merawat dan melegakan luka

Olive Oil
Boleh melembab dan mengelakkan tanda-tanda awal penuaan

Pssst nak tahu tak yang serum ni jugak tak ada SLSParaben dan synthetic fragrance.  Yeayyy! Memang sesuai kalau kulit korang jenis sensitif. Kadang-kadang banyak produk yang dijual tak bersesuaian dengan orang yang ada kulit sensitif kan. Sedihnya!



Review Cik Rose

Serum ni agak pekat dan ianya berwarna putih. Namun, bila korang pakai, serum ni tak berminyak tau. Ianya juga cepat meresap ke dalam kulit. Korang tak payah pakai banyak-banyak. Cukup kalau korang pakai 2 titis jer. 




Cik Rose pakai waktu malam, sebelum tidur. Korang boleh je pakai waktu pagi dan malam. Lagi nampak kesan dia. Tapi, Cik Rose ni jenis yang sayang, takut cepat habis. Hahaha. Sebab tu pakai malam jer. hihi. 



Harga:
RM 49.00 (10 ml) / RM 97.00 (30 ml)



13 comments:

  1. cik en pun pakai ini. best.. dpt kurangkan sunburn muka

    ReplyDelete
  2. Okey tak serum ni? Sesuai untuk kulit apa?

    ReplyDelete
  3. I love how this serum doesn't have any unnecessary additives

    ReplyDelete
  4. Kita pun dah cuba serum ni. Best!!

    ReplyDelete
  5. Banyak kebaikan serum ni. Rasa nak pakai je juga.

    ReplyDelete
  6. anti oksida ini mmg bgus utk kulit, utk kulit lebih sihat

    ReplyDelete
  7. Serum dia nampak milky eh... Selalu mcm jernih je kan tekstur... Menarik neh 😏

    ReplyDelete
  8. Tengok ramai yang guna..teringin nak cuba juga nanti

    ReplyDelete
  9. I read many good review about this brand also, later i will check it out ya.

    ReplyDelete
  10. Fav serum nih, mudah nak bawa kemana-mana... Dah sampai korea kite bwk dia he he he

    ReplyDelete
  11. Antioksidan tu yang buatkan kulit kita muda sokmo...hihi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.