SAKIT GIGI

June 20, 2012

Aduhh... Petang semalam, tiba-tiba pula sakit gigi menjelma..

Thanx ye Miss Google :)

 Dah lama jugak rasanya tak sakit dah gigi depan ni (gigi arnab tu)... Masa tahun 2010, sakit sangat. Pastu pergi klinik, doktor tampal dah. Agaknya, tampalan tu dah terbuka kot, tu yang sakit pulak semalam? Mula-mula ngilu je.Pastu, memang sakit denyut-denyut. Rasa macam gigi tu nak tercabut je. Takutnya! Terus gi tengok kat cermin. Tengok, elok je. Nasib baik...  Makanan/minuman yang sejuk dan panas memang kena elak. Huhuhu...

Oleh sebab tak boleh tahan, check kat tempat ubat. Haaa, ada pun ubat sakit gigi.. Hari tu ada beli masa balik kampung. Terus makan sebiji. Lepas makan, terus tidur. 


Inilah ubatnya.

Bangun pagi tadi, sakit gigi memang hilang. Maksudnya ubat ni memang berkesan. Tapi, kenapa rasa sakit perut macam angin, rasa loya, pening macam nak pitam dan pinggang sebelah kanan rasa keras dan sakit?...

KENAPA?????

Kesan akibat makan ubat tu ke? Nak kata perut masuk angin, sebelum makan ubat tu dah makan dah.  Maknanya bukan perut kosong pun.

Walaupun tak sihat, tetap juga bangun bersiap nak pergi kerja.

Muka yang tak sihat, namun masih tersenyum

Di saat-saat rasa macam tak best tu, akibat pening2 kan, tiba-tiba handphone berbunyi menandakan ada mesej. (wahh,ayat..bukan main lagi). Mesej dari housemate saya yang sedang bercuti di kampungnya, Pahang. Mesej tu berbunyi :


"Ujian Allah tak pernah berlaku atas dasar zalimnya Tuhan..melainkan semuanya atas dasar cinta dan teguran. Saat di uji, pilihlah untuk muhasabah dan tersenyum..kerna dalam muhasabah kita akan bertemu titik-titik kelemahan/punca kenapa Allah menguji kita, dan tersenyumlah. Akhirnya kita sedar Allah memberi tegur kepada kita berkali-kali dengan ujian bagi kita membetul apa yang silap...Sayangnya Allah kepada kita tak seperti yang Allah lakukan kepada firaun... Firaun di beri musibah dan terus mati...sedang kita di beri ujian tetapi di beri ruang untuk taubat dan perbaiki. Chill, Allah saaaaangat baik!!"


Thanx my friend :)

Mesej tu memang bererti buat saya di kala ini. Bukan kerana hanya sakit gigi yang saya alami. Tapi, ada lagi hal-hal lain yang sering menggangu akal dan fikiran ini. Orang lihat kita tersenyum bahagia, namun orang itu tidak dapat melihat beban perasaan yang ditanggung diri kita. Mana mungkin kita mampu untuk meluahkan apa sahaja yang kita rasa pada setiap orang yang kita ketemu.


Di saat ini, masih terasa pening-pening dan rasa tak sedap badan. (dah rasa macam tu, boleh pulak pergi minum neslo ais pagi tadi. Emmm, bertambahlah rasa sakitnya :(

Tapi, bukan sakit gigi. Mungkin angin la kot????

** Buat kerja kat opis sambil dengar lagu Azean Irdawati, Bawalah daku bersamamu. (memang feeling la lagu ni)


Ros.reeza


You Might Also Like

10 comments

  1. Agaknya makan ubat sebelum makan tak? Kakak tak boleh sebab kakak ada gastrik kalau makan ubat tertentu kena makan at least sekeping roti.

    Baik teman serumah ros kat kg pun ingat kawan yg sakit ye... baguslah kakak suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah makan dah akak, sebelum makan ubat tu.. tak tahu nape?.. mungkin angin la kot?...

      Yup.. dia macam tahu2 je keadaan saya.. tapi, sebenarnya tak tahu pun?...

      Delete
  2. betul tu. luaran tersenyum tapi dalaman orang tak tahu apa yang kita rasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. kadang2 org salah tafsir diri kita, kan?....

      Delete
  3. setiap sakit tu adalah pahala ;)

    ReplyDelete
  4. bagus betul kawan tuan belog tu..tang sakit gigi pulak, sy xpenah lg rsa skit gigi arnab, biasa sy sakit gigi geraham tp sggup thn sakit xnk makan ubat..hik3,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. tak tahu apa puncanya sakit gigi arnab tu :( kalau tak makan ubat, memang menangis la :(

      Delete
  5. kalu sakit gigi mmg xmenahan... berdenyut2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. denyutnya yg tak tahan tu.. kadang2 rasa macam kena ketuk dengan tukul besi.. hehhehe..

      Delete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS