MACAM-MACAM PERANCANGAN

November 19, 2013




Selamat pagi kawan-kawan semua.. Apa khabar?.. Harap semuanya sihat sahaja.. Alhamdulillah..Kita masih dipanjangkan usia untuk meneruskan kehidupan.. Alhamdulillah kita diberikan kesihatanyang baik.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Sekarang ni dah start cuti sekolah.. Sudah tentu budak-budak happy kan.. Macam-macam plan dah diatur kan.. Nak balik kampung, nak bercuti dan sebagainya.. Walau apapun perancangan, atur dengan baik yer :)

Macam puan blog jugak. Walau masih tak ada anak bersekolah, tapi perancangan harus diatur.. hahahha.. Opkos lah kan. Maklumlah, puan blog kan ada anak-anak sedara yang amat menyayangi puan blog.. Kenalah balik kampung jumpa anak-anak sedara. Anak-anak sedara puan blog ni dah terlalu merindukan mak sedara dorang yang comel lagi la diva ni.. hahahha... Perasan sudah....

Kalau ikut perancangan, puan blog nak balik kampung Khamis ni.. Lepas balik kerja.. Maklumlah, Johor cuti Jumaat ni. Hari Keputeraan Sultan Johor. Jangan jeless yer yang berada di luar Johor.. hihihi.. Jadi, bolehlah puan blog balik Kedah.. Jumpa mak ayah dan keluarga puan blog.. Juga keluarga mertua puan blog .. Maklumlah dua-dua keluarga di Kedah.. Di Sungai Petani dan di Jitra. Kena atur betul-betul. Kena ambil cuti pun lebih. Sebab nak bahagi dua buah rumah.. Ada yang kata kalau kampung sama negeri ni , senang.. Jalan sehala..Tapi, masalahnya ialah cuti lah kan. macam puan blog ni, cuti bukan banyak pun.. Johor Bahru nak ke Sungai Petani, ambil masa lebih kurang 12 jam tau.. Masa perjalanan pergi dah ambil masa sehari. Balik JB pun sehari. Selalunya, puan blog balik 5-6 hari. Tolak perjalan 2 hari. Dah tinggal 3-4 hari. Lepas tu nak kena bahagi dua buah rumah.. hihi.. Saje nak asah bakat mengira kawan-kawan...

Ok lah, kita tinggal cerita bab cuti.. Kawan-kawan pula macam mana?.. ada perancangan ke?.. Mesti ramai yang nak bercuti kan.. Mana yang nak pergi tempat -tempat yang jadi tumpuan ramai tu, buat persediaan betul-betul.. Macam penginapan. Jangan last minute.. Bookingawal-awal.. Kang menangis tak berlagu.. muahahaha....

Oklah, sebelum memulakan tugas, puan blog kongsikan gambar puan blog yang bersemangat nak mulakan tugas di pejabat ni :


Eh, eh.. Tersalah upload pulak.. Sekali Emma Maembong pula yang muncul. hikhik..  Sorry... puan blog dah try upload pic puan blog. Tapi, tak boleh.. Mungkin sebab comel yang keterlaluan kot?.. hahahha... Takpe, muka puan blog dengan Emma Maembong ni pun tak jauh beza.. Lebih kurang jer.. muahahaha..Tolong jangan muntah dengan statement berani puan blog tu yer.. hihi.

Senyum.. Ye, senyum tau.. Jangan stress-stress pagi-pagi ni.. 





You Might Also Like

19 comments

  1. eh!eh!..org kampung ke nie..SP tang mana?...i kat Tmn Keladi..hehehe..selamat blk kg naaa..

    ReplyDelete
  2. Jauh perjalanan kalau cuti sehari-dua sudah pasti tak cukup ye Ros. Dua hari dah dlm perjalanan aje. Betullah kena seminggu baru berbaloi sesekali balik...

    ReplyDelete
  3. perancangan nan-ado sbb da bercuti sblm cuti sekolah ekekekkeee

    ReplyDelete
  4. tanjat gegurl tetiba mung jd emma maembing pulekkk~ hahahaha. sonok sket cuti sek.jalan x jem sgt.

    ReplyDelete
  5. best lah balik kg,... balik kedah jgn lupe ole2 utk akak hehehhe...

    payah bebeno nk tayang gambar sndiri... tkt kene ngorat ek

    ReplyDelete
  6. salam ros..cuti sekolah dah bermula..xde plan pape lg pun..ehe

    ReplyDelete
  7. cantikkan kalo emma maembong bertudung hihi

    ReplyDelete
  8. org bujang cam saya x de perancangan cuti apa - apa pun ... jus tu jus pegaga + madu + limau kasturi .

    ReplyDelete
  9. bagus la kalau kampung 1 negeri.. tapi kalau sekampung, lagi senang.. hehehehe

    ReplyDelete
  10. wah kutub utara kutub selatan..heheh jauh tu..tape yg penting perancangan

    ReplyDelete
  11. Fuhh!! MJ pun rasa penat dengar trip JB - SP.. Letihhh sangat kan :0

    ReplyDelete
  12. amboiii...maksima perasan ni rose..hahahaha... cun giler emma ni kan...

    ReplyDelete
  13. samalah kita cuti2 ni ingat nak bawak anak-anak blik kg jugak lah...

    ReplyDelete
  14. sbaq je la ros ni.hihi
    esk la kan blik kg.hati hati dijalan raya :-)

    nti ciksu update k
    so far ok la ephyra.cuma amik masa dgn body ciksu.pendek kata kalau amik satu satu produk tu kena maintain.maknanya tiap tiap bulankena la top up.itulah strategi marketing namanya :-)

    cuba la ros :-)

    ReplyDelete
  15. Haha..emma maembong ea...ok2x..time cuti ni jela ank sdara xsibuk.nnt sek jgn hrap jumpa...

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS