KARYA 1 : TAK SEMUA RASA APA YANG KAU RASA

November 16, 2013



Cuba lihat mereka.
Mereka di sekeliling.
Tak semua rasa apa yang kau rasa. 

Bertuah sungguh si empunya diri.
Berteriak ke seluruh alam bila kau ada.
Tanpa fikir akan ada yang terluka.
Pernah kau rasa?

Saat kau di atas.
Jangan lupa yang di bawah.
Saat kau kehadapan.
Jangan lupa yang dibelakang. 
Pernah kau fikir?

Bila kau ada apa yang kau mahu.
Bersyukurlah.
Karna ia milik kau.
Hak engkau.

Namun tak semua seperti kau.
Perlu usaha yang jitu untuk ada apa yang kau ada.
Usaha yang bukan main-main.
Kadang terjatuh. 
Terluka.
Patah.
Derita.
Pun belum tentu kan dapat.

Maka memang kau bertuah.
Terpilih.
Dan jangan kau pandang sinis pada mereka.
Sesungguhnya mereka terhiris.
Tersentuh.
Dengan apa yang kau ucap. 

Benar.
Tak semua rasa apa yang kau rasa.
Aku ulang.
TAK SEMUA RASA APA YANG KAU RASA.

Jangan anggap aku cemburu.
Tolong jangan.
Hanya luahan hati yang terusik.
Terusik dek masa.
Terusik dek laku.
Terusik dek tutur.

Aku hanya aku.
Yang merasa apa yang pernah kau rasa suatu ketika dahulu.
Dan berharap akan rasa apa yang kau rasa sekarang .



You Might Also Like

7 comments

  1. hanya kita yang tahu apa yang kita rasa. ..

    ReplyDelete
  2. telah aku merasa
    bagai ribut melanda
    menghempas jiwa

    mungkin tidak kau tahu
    perasaan murni ku
    pada dirimu
    hahaha.
    tahu tak lagu apa ni..
    cer teka?

    ReplyDelete
  3. hati pun lain2.. rasa pun mesti la lain2.. makan lauk yg sama pun, lain orang lain rasa.. ada rasa tawar, ada yg rasa masin.. hehe

    ReplyDelete
  4. amboii dah kenapa ni? pndai yer rose karang..

    ReplyDelete
  5. RezEki masing2x..bila bsyukur kita xkn pnh rasa org skeliling tu mmpu pengaruhi kita...

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS