JATUH CINTA DENGAN SUPER BB CUSHION DARI MAYBELLINE

March 28, 2017

Assalamualaikum.

Cerita tentang kecantikan lagi. Hihi. Mood cantik dah on ni. 

Bedak. Bukan mudah nak cari bedak yang sesuai dengan kulit wajah kita ni kan. Dan jugak kita ni sebagai wanita mesti nak cari yang terbaik untuk kulit wajah kita. Alang-alang dah nak beli bedak, biar puas hati. Carilah bedak yang boleh memberikan kesan yang terbaik. Cantik berseri. Ecewahh.. Yang boleh menutup kesan-kesan parut atau jerawat di wajah kita ni kan. 

Bukan semua rajin nak bermake up pagi-pagi sebelum pergi kerja. Kadang-kadang terkejar-kejar masa. Bangun lewat, anak meragam dan sebagainya. Mana sempat nak pakai cc cream, foindation dan lain-lain. Mesti capai je bedak terus kan. Ada bedak y ang akan menampakkan muka kita bercapuk atau kulit yang kering. 

Ha, Cik Rose ada jalan penyelesaiannya. 

Tadaaaa... Super BB Cushion dari Maybelline!



Cik Rose selama ni memang pakai compact powder. Sebelum tu alas dulu dengan cc cream. Ada officemate Cik Rose yang dah pun pakai B Cushion ni. Cik Rose ingatkan susah nak pakai. Takut tak kena dengan kulit wajah, nanti jadi bercapuk. Oh No. Rupanya Cik Rose silap. 

Baru-baru ni, Cik Rose terima Super BB Cushion keluaran Maybelline ni dalam Suprise Box Lazada. Cik Rose pun cuba pakai masa pergi kerja masa hari Ahad. Eh, eh.. Senang je. Dap dapa dap jer. Jangan gosok ke apa kat kulit wajah. Tekap, tekap je. Memang sekata warnanya. Tahan lama pulak tu.


Kalaulah Cik Rose tahu, dah lama Cik Rose cuba. hihi.

Terima kasih LAZADA untuk hadiah ni. Cik Rose suka!

Kalau korang pun nak jugak, beli je dari Lazada. Tak perlu susah-susah nak cari di luar. Klik je di sini yer --->> PRODUK MAYBELLINE

Terima kasih sekali lagi LAZADA!


You Might Also Like

1 comments

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS