Friday, April 28, 2017

Aiskrim Terbaru Dari KFC | Salted Caramelicious Vanilla


Aiskrim Terbaru Dari KFC - Salted Caramelicious Vanilla |Assalamualaikum. Aiskrim terbaru dari KFC! Korang dah rasa ke belum? Salted Caramelicious Vanilla. Cik Rose dah rasa. 

Minggu lepas, order KFC online. Alang-alang dah order ayam, order juga aiskrim. Emmmm sedap! 


Cik Rose dah biasa order KFC delivery. Setakat ni memang puas hati. Sampai dalam waktu yang dijanjikan. Keadaan makanan yang dipesan dalam keadaan yang baik. Thank you Encik Delivery KFC!


Cerita tentang aiskrim ni, pendapat peribadi Cik Rose memang sedap. Kena dengan selera Cik Rose. Kalau pergi KFC, mungkin akan order lagi! Hihi. 

Comel je bekas dia sebenarnya. Mungkin teknik ambil gambar tu yang nampak besar pulak. Hihi. 


Apapun, Cik Rose suka rekabentuk dia. Warna tu yang main peranan. Nampak ekslusif. Tu di mata Cik Rose lah kan. 

Tapi kan, bagi Cik Rose harganya agak mahal untuk saiz aiskrim ni. Tak pasti harga sebenar berapa. Mungkin delivery, tu yang berbeza harganya. 


7 comments: