Thursday, August 10, 2023

SINOPSIS DRAMA AKU YANG KAU SAKITI DI TV3

SINOPSIS DRAMA AKU YANG KAU SAKITI DI TV3.| Assalamualaikum. Lama dah tak kongsikan drama-drama yang bersiaran di kaca tv. Maklumlah sekarang dah jarang tengok tv. Tengok online je memanjang, apa lagi kalau bukan tiktok. Lebih mudah, boleh tengok di mana-mana kan. Tak terikat nak duduk depan tv.




Lalu lalang di facebook, orang bercerita tentang drama Aku Yang Kau Sakiti ni. Eh best ke tidak ni? Jalan ceritanya macam mana, siapa pelakonnya, berapa episodnya. Haa semua tu berlegar-legar di fikiran. 


Ok, di sini Cik Rose kongsikan serba sedikit info mengenai drama Aku Yang Kau Sakiti ni. Untuk makluman, drama ini ditayangkan di TV3 pada jam 10 malam pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Membariskan pelakon-pelakon hebat iaitu Redza Rosli, Rita Nadira, Zamarul Hisham, Jasmin Hamid dan ramai lagi. 


Sinopsis Aku Yang Kau Sakiti

Mengisahkan tentang Amanda (Rita Nadira) merupakan seorang anak yatim selepas kehilangan bapanya, Tuan Danial yang dibunuh kerana berhutang dengan sindiket pinjaman wang. Sejak kejadian itu, Amanda menetap di rumah peninggalan bapanya dengan ibu saudaranya, Mak Su (Jasmin Hamid) dan sepupunya, Sara (Iman Suhana) yang bersifat materialistik dan sering meminta wang daripada Amanda. Amanda juga dijaga oleh keluarga Tuan Zaki (Zamarul Hisham) yang merupakan bapa kepada rakan baiknya, Bella (Fify Azmi). Tuan Zaki rasa bersyukur dan terhutang budi dengan sahabat baiknya iaitu bapa Amanda dan sekaligus telah menganggap Amanda sebagai anaknya sendiri.

Rykal (Redza Rosli) setia berada di sisi Amanda sepanjang dia di dalam kesusahan dan berhasrat untuk melamar Amanda sebaik sahaja dia menamatkan pelajarannya di universiti. Namun, Amanda menolak lamaran tersebut dengan alasan masih tidak bersedia untuk berkahwin. Pada Amanda, dia ingin mengatasi trauma kehidupannya dan mencari kebahagiaan seperti rakan-rakannya yang lain.

Apabila mereka mencecah 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna. Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella.  

Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengannya dan apabila perniagaan Tuan Zaki hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang. 

Namun, Rykal (Redza Rosli) yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal. Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat terhadap ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Rykal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?

Aku Yang Kau Sakiti

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 1 Ogos 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khams, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Farhana Fauri
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd

Watak Pelakon
Rita Nadira sebagai Amanda
Redza Rosli sebagai Rykal
Zamarul Hisham sebagai Tuan Zaki
Fify Azmi sebagai Bella
Aleza Shadan sebagai Puan Mazwin
Jasmin Hamid sebagai Mak Su
Iman Suhana sebagai Sara
Syazwan Zulkifly sebagai Faris
Zazly Baginda sebagai Encik Rasyid
Syazuwan Hassan sebagai Shahrul
Natasya Mahyan sebagai Cika
Anies Hann sebagai Mia
Ain Yasmin sebagai Suzana

1 comment: