HANDPHONE ROSAK KERANA MAINBOARD - INILAH REALITI

Tuesday, 22 April 2014

HANDPHONE ROSAK KERANA MAINBOARD



Selamat pagi.. Apa khabar?.. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat selalu :)

Ok, pagi ni nak sambung cerita tentang S3 saya yang tiba-tiba terpadam sendiri tu kan.. Sampai hari dia.. Buat hal lepas 1 tahun 6 bulan pakai.. hihi..

Sebenarnya handphone tu membawa makna yang tersendiri pada saya.. Sebab tu , bila rosak saya jadi sedih last week.. Pemberian husband sempena ulangtahun pertama pernikahan.. 

Ok, berbalik kepada punca kerosakannya..

Kitorang saja gi tanya kedai jual handphone dulu malam yang hp tu rosak.. Kedai yang jual pelbagai jenis hanphone kat Cmart, Pandan, Johor Bahru.. Bagi hp tu kat dia. Saya cakap tiba-tiba dia off sendiri. Pastu tak boleh nak on dah. Orang tu pun tukar batery dulu. Batery hp saya masih ok. Sebab dia masukkan ke hp dia, hp tu boleh on. Dan dia masukkan batery baru ke  hp saya, still tak boleh on. Lepas tu, dia tanya, dah pakai hp ni berapa lama. Saya pun cakap 1 tahun 6 bulan. Then, dia senyum sambil geleng-geleng kepala.. Dalam hati saya ni, eh dah kenapa ni kau senyum-senyum?.. Tell me why, sir. hihi.. Dia terus cakap, ni mainboard yang rosak ni. Ramai yang pakai setahun lebih, datang kedai dia dengan problem yang sama macam saya.. Saya tanya dia, kenapa jadi macam tu?. Dia kata, dia pun tak tahu.. Kena tanya Samsung.. Pastu dia cakap, warranty setahun je kan?.. Kebanyakkan yang jadi macam ni yang dah guna melebihi setahun.. Saya tanya kos dia berapa ni. Dia kata dalam 7-8 ratus.. Aduhai...

Kemudian, kitorang meneruskan pencarian ke Pasar Pandan. Pergi kedai jualan dan servis samsung.. Saya pun bagitahu lah benda yang sama kat orang tu. Dia kata, dia tak boleh nak pastikan. Kena bawak balik service centre untuk check betul-betul. Saya pun tanya, agak-agak sebab apa ye?. Dia kata sama ada power on button atau mainboard.. Kos untuk power on button, dalam 2-3 ratus.. aduhai lagi sekali.. Tak bagi pun kat dia. Sebab lambat prosesnya..

Esoknya, saya gi kerja macam biasa. Tanpa hp di sisi. hikhik. Rupanya husband saya gi Samsung Service Centre kat Taman Molek, Johor Bahru.. Setelah pegawai tu check, yes problemnya ialah mainboard. Kos dia, RM648. Siap dalam masa sejam. amboi...cepat je kan.. So, husband saya pun setujulah.. Bila husband saya tanya kenapa ye hp tu jadi macam tu. Pegawai tu cakap, tak sure lagi sebab utama dia. Tapi, dia ada cakaplah, langkah-langkah untuk elakkan.. Dia kata, bila charge tu jangan lama-lama. Maksudnya jangan charge dari malam sampai ke pagi.. Contohnya kalau dah 100% penuh, terus cabut. Jangan biar je lama-lama.. Ok, thanx untuk ingatan itu ye Encik samsung. huhu..

Oleh kerana saya dah merajuk ngan samsung, tak nak dah pakai samsung. hihi.. Hp tu husband saya yang guna sekarang. Yelah, hp bermakna tu kan. Sweet memory la katakan.. saya pula, dah kembali kepada cinta pertama saya.. Eh, jangan salah faham.. Cinta pertama hp ok. Iaitu Sony.. 



24 comments:

  1. tension kan, kalau telefon rosak...semoga telefon tu cepat sembuh ya..hihihi

    ReplyDelete
  2. betul la my enset pun dah setahun mcm ada problem je dekat touch screen..macam nak minta yg baru aje..hehehe

    ReplyDelete
  3. mksdnya hp yui dh tnjuk tandala ni..

    ReplyDelete
  4. hahaha..kelakar la rose ni. Nak buat camner tetiba ia nak down hihih

    ReplyDelete
  5. erkkkk mahal baiki tu....

    ReplyDelete
  6. mahal jugak ye bila rosak mainboard samsung ni.ciksu x pakai samsung.cik abe pernah pakai kejap je dlu.tp bukan s3 la..

    ReplyDelete
  7. kena jaga elok2 la.. sekali sakit mahal jugak kos rawatan dia.. hihi..

    ReplyDelete
  8. Dua anak dara kakak pakai S3 juga Ros dah kakak rasa dah lebih 2 tahun tapi sebab mereka kan sekolah duduk asrama jadi masa balik rumah aje dia guna. Nampaknya masih ok lagi...

    Takut juga sebab kakak selalu charge dari malam sampai bangun pagi baru cabut. Tapi kakak guna S4 zoom..

    ReplyDelete
  9. 6ratus lebih? kalau rara dh lama beli fon baru dh tu.

    ReplyDelete
  10. baru tau tak boleh charge lelame.. lepas ni kene take note.. tq ros share info..

    ReplyDelete
  11. Mahal erk. Baik beli HP baru. Saya nyer samseng tab pon kekadang hang. Patu mati sendiri. Ni gara² terlebih charge kot. Thanks for the info sis.

    ReplyDelete
  12. sentimental value tu...sayangkan klu rosak...nasib baik dah ok...mahal lak tu repair...

    ReplyDelete
  13. Melayang byk duit tuh...ermmmm...

    ReplyDelete
  14. Samsung memang problem la..saya pnya tab3 pakai 1 thun 1 bulan rosak.P service cntr ckp mother board rosak klau nk tukar kna byr 700 sbab dh x ad waranty.Lbih sbulan je tu yg terkilan tu..

    ReplyDelete
  15. Tq share..HP saya pon jadi cmni...lom repair lg to dh tnye kdai..xley on gak..mmg suke cas tggl lme2 pdhal Fon ni 1jam dh penuh. Mainboard mhl gak nk tkr ek..huhu

    ReplyDelete
  16. Baru2 nie hp saya s3 mini pun buat hal x blh on. Sedih btul... mslh sama mcm tuan pnye blog nie lah kot. Byk bnde dlm hp tu sye syg... :(

    ReplyDelete
  17. Nampaknya cerita yang sama dengan masalah yang berlaku pada S3 mini, memang betul la tu mainboard rosak sebab lebih charge. Sesak nafas fon terleih cas.

    ReplyDelete
  18. baru je kena macam ni..tp p kedai dia ckp power ic je rosak..pakai pon dah 2 tahun lebih..habis la

    ReplyDelete
  19. note 2 sy xleh on
    dok kua samsung galaxy note II GT-N7100 je
    mcm mne eh?

    ReplyDelete
  20. sy pun kena cm ni,huhu,,sedih,,,setahun lebih guna..nk share bole?

    ReplyDelete
  21. samsung note 2 aku genap 4 thn terus tak hidup sabtu lalu. tak boleh trace dah ke gambar2 semua kat internal hp tu??? ada cara ke tak nak dapatkan semula data2...

    ReplyDelete