PENGGEMAR DURIAN SENYUM LEBAR

August 25, 2016

Assalamualaikum 

Musim durian ni meriah jer. Sana sini orang bercerita pasal durian. Bagi penggemar durian memang bahagia rasa kan! Bagi yang tak makan durian, minta maaf. Mesti cepat-cepat nak musim durian ni berlalu. Adik Cik Rose memang tak makan durian sejak kecil. Pernah masa dia sekolah rendah, ayah gurau nak bagi dia RM50 kalau dia makan durian. Memang dia tak makan pun. Tak apalah, nak  buat macam mana bila tekak tak dapat terima kan. 



Cik Rose pula memang suka durian. Tapi memilih sikit. Suka yang isi warna kuning. Hahaha. Mengada aih. 

Ada orang suka makan durian gitu ja. Ada pula yang suka tempoyak, pulut durian, cendol durian, durian crepe, kek durian, bubur kacang campur durian dan lain-lain. Terserahlah. Ikut selera masing-masing.

Ni ha durian yang suami Cik Rose belikan. Nyum nyum. 


Korang suka tak durian? 

Selain durian, ada jugak manggis dan rambutan kan sekarang. 
Manggis. Yes. Cik Rose suka jugak. Hikhik.


Beli kat area rumah Cik Rose ni sekilo RM 10. Sesekali beli dan makan. Nanti dah habis musimnya, nak kena tunggu tahun depan pula. Hihi.


Opsss dah tinggal berapa biji je lagi ni. Hikhik.



You Might Also Like

3 comments

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS