BUBUR KACANG HIJAU DURIAN YANG SEDAP


Asssalamualaikum.

Hari ni 5 September 2016. Apa khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik. 
Hari ni jugak peperiksaan UPSR dijalankan. Moga adik-adik dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan baik. Jangan tergopoh-gapah. Bertenang. 

Buat ibu bapa, mesti rasa serba tak kena. Cemas macam nak ambil exam jugak, kan. Takpe, itu normal. Kirimkan doa buat anak-anak moga dapat menjawab peperiksaan dengan baik. Jangan berikan tekanan sebaliknya berikan kata-kata semangat!

Anak-anak kita ni istimewa. Jangan membanding-bandingkan dengan anak orang lain. Kalau kita sendiri pun tak suka dibandingkan dengan orang lain dari pelbagai aspek, inikan pulak anak-anak kecil. Terguris hati kecil mereka.

Ok, pagi ni Cik Rose rasa happy pula. Alhamdulillah. Untuk rasa ini. Tak ada sebab pun. Mungkin mood baik hari ni :)

Ni ha, pagi-pagi teringat pula bubur kacang hijau durian. Sedapnya. Cik Rose jarang-jarang dapat makan bubur kacang durian ni. Kalau dulu, mak rajin buatkan. Memang sedaplah! Tapi, bila dah kahwin dan berpindah ni, tak dapatlah macam dulu nak makan masakan emak.

Nak dijadikan cerita, minggu lepas suami beli buah durian lebih. Tu yang dia buatkan bubur kacang hijau durian. Ye, memang dia yang masak. Cik Rose tak pernah buat pula. Nanti nak cuba buat sendiri pulak. hihi.





Cik Rose ni memang suka durian. Jadi, bila makan bubur tu, tak puas makan durian yang dah masak dalam bubur tu. Apalagi, Cik Rose tambah buah durian fresh. Hihihi. Sedap aih! 

Puas maka. Alhamdulillah.

Korang suka tak makan bubur kacang durian ni?

 

Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
5 September 2016 at 09:29 ×

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Balas
avatar
admin
5 September 2016 at 14:52 ×

Sapa la yang suka durian..cuma sekarang ni kat Kuching belum musimnya lagi..sabar jelah SB tunggu..

Balas
avatar
admin
5 September 2016 at 16:37 ×

sedapnya... untung cik rose cik abg boleh masakkan...

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment