LIRIK LAGU JAGA JAGA - AMIRA OTHMAN ( OST ABANG BOMBA I LOVE YOU )

Assalamualaikum.




Abang Bomba I love you. Korang tengok tak drama ni? Ala kat Astro Ria tu. Setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Secara jujurnya, mula-mula Cik Rose tak tengok tau episod awal disiarkan. Sebab rasa macam aduhai.. Semua pekerjaan nak didramakan ala-ala sweet konon. Abang Bomba, abang Askar, Abang Polis dan lain-lain. 

Tapi, betullah orang kata, yang tak suka tu la nanti yang kita akan suka. Eh korang faham tak? Berbelit-belit dah ni. Hahahah. 

Mula tengok hari Ahad lepas. Marathon ulangan episod 1 hingga 4. Masa tengok tu, tertarik dengan lagu kat drama ni! Aih macam sedap jer. Boleh layanlah. Tu yang sangkut tu! Tapi kan, bila tengok drama ni, geramnya dengan watak Mawar tu. Memang menjadi! Hihi. Hari ni dah episod 8. Tak sabar pula nak tengok apa yang jadi. Mawar tu kahwin ke dengan Abang Bomba tu? 



Cerita adaptasi dari Novel Abang Bomba I Love You karya Mia Kiff. Siapa yang dah baca novel ni? Mehla cerita kat Cik Rose ni ha. Tak menyabar nak tahu kesudahan dia ni.  Pssss korang janganlah kutuk Cik Rose yang terjebak dengan drama ni! Hikhik. 


Ok, kat sini Cik Rose kongsikan lirik lagunya yer. Macam biasalah kan, Cik Rose ni suka share lirik lagu. Nanti korang cari kat youtube yer. Cik Rose dah download. Hikhik.

Lirik lagu Jaga Jaga Nyanyian Amira Othman 


Pabila mengungkap kata cinta
Manis bicara ohh semanis gula
Lidah lelaki harus waspada
Lihat baik buruknya

Aku bukan Si dara biasa
Dambakan kasih nak dimanja manja
Lidah ku tajam bila berkata
Niat dihati cuma
Untuk berjaga-jaga

Engkaulah lagu yang menemani diriku
Selama-lama terus menyanyi 
Tiada ganti
Indahnya Suaramu

Bagaikan lagu yang membayangiku
Seumpamanya melodi terindah
Telah tercipta
Irama dihatiku

Ku bagaikan mawar yang berduri
Cantik dipandang takut didekati
Andai hanya nak bertarik tali
Baik kau undur diri

Namun harusnya ku mengakui
Sebenarnya hati telah kau curi
Siang dan malam silih berganti
Walau tujuh purnama
Ku tetap setia

Engkaulah lagu yang menemani diriku
Selama-lama terus menyanyi 
Tiada ganti
Indahnya Suaramu

Bagaikan lagu yang membayangiku
Seumpamanya melodi terindah
Telah tercipta
Irama dihatiku

Usik mengusik
Bergurau senda
Batasnya jangan dilupa
Sucinya cinta
Elok dijaga hingga terbina istana

Engkaulah lagu yang menemani diriku
Selama-lama terus menyanyi 
Tiada ganti
Indahnya Suaramu

Bagaikan lagu yang membayangiku
Seumpamanya melodi terindah
Telah tercipta
Irama dihatiku

Engkaulah lagu

Seumpamanya melodi terindah
Telah tercipta
Irama dihatiku
Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
23 September 2016 at 01:50 ×

akak marathon online jer nih...baru khatam episod 2

Balas
avatar
admin
23 September 2016 at 12:29 ×

lagu nie mmg sedap.. cite nie e'in tak tgk pun.. nanti2 laa tgk online je.. hihi

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment