KEPUTUSAN FINAL PIALA MALAYSIA 2016 - KEDAH LAWAN SELANGOR

Assalamualaikum.

KEPUTUSAN FINAL PIALA MALAYSIA 2016 - KEDAH LAWAN SELANGOR. Pulun Kedah Pulun! Eh awal-awal dah sokong Kedah! Hihi. Mestilah kan. Anak Kedah mesti sokong Kedah. Debaran sebentar lagi menyaksikan Kedah bakal bertemu Selangor bagi merebut Piala Malaysia 2016. Bagaikan perlawanan ulangan tahun lepas. Tapi, tahun lepas dijuarai oleh Selangor. Tahniah! Tahun ni? Harap-harap rezeki berpihak pada Kedah. Aminn. 



Malam ni jangan lupa tengok TV3. Bagi sokongan dekat pasukan masing-masing. Tapi, mesti Cik Rose dok main remote. Nak intai Zarul nyanyi kat Gegar Vaganza! Hahaha. Berbelah bahagi ke hati?


Bukan mudah nak melangkah sejauh ini. Banyak usaha dilakukan. Banyak yang perlu dikorbankan. Moga Kedah berjaya malam ni. Apapun, yang penting semangat kesukanan. Main betul-betul. Tak nak banyak sangat kekasaran. Tak best la kan. Penonton pun sama. Bagi sokongan yang jitu jangan sampai terbawa-bawa emosi amarah! 

Nak tunjuk sikit anak-anak sedara Cik Rose bersama jersey Kedah. Tapi gambar lama. Bukan gambar baru. Hikhik. Bolehla asalkan berjersey Hijau Kuning negeriku!



Pulun Kedah Pulun!
Kedah Serata-rata.
Hijau Kuning Negeriku.

Alhamdulillah. Tahniah negeriku Kedah! Juara Piala Malaysia 2016. Kemenangan dari sepakan penalti. Kedah 6 dan Selangor 5. Setelah terikat dengan jaringan 1-1. 

Ketaq aih dok tengok penalti. Sat masuk. Sat tak masuk. Hihihi. 

Alhamdulillah. Tahniah sekali lagi buat kedua-duanya, Kedah dan Selangor. Jumpa lagi di musim akan datang.







Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
31 October 2016 at 12:26 ×

tahniah kedah hehe comel nya pakai baju jersey
https://mellyacrayola.blogspot.my/

Selamat Fhatin Amelia dapat PERTAMAX...! Silahkan antri di pom terdekat heheheh...
Balas
avatar
admin
Thanks for your comment