SAMBAL TUMIS PETAI DAN IKAN BILIS

Assalamualaikum.

Sekarang ni di Batu Pahat hujan dan kilat. Gelap je dari pukul 4 petang. Alhamdulillah, hujan turun. 

Dok duduk hujan-hujan ni..,perut lapar pula! Haha. Dok teringat sambal tumis petai ikan bilis yang mak buat. Teringinnya! Huhu. Bestnya kalau dapat makan nasi panas, buh kicap sikit! Aduhai... boleh bertambah nasi dibuatnya. 


Cik Rose kasi zoom sikit gambal sambal tumis petai ni. Dapat merasa air tangan mak masa balik kampung 2 minggu sudah. Alhamdulillah. Syukur.

Resepi Sambal Tumis Ikan Petai dan Ikan Bilis.

Bawang merah, bawang putih dan belacan di tumbuk. Belacan tu Cik Rose bakar jap ataa dapur.

Cili kisar
Ikan bilis
Petai di potong dua. Cik Rose tak kopek kulit. Cuma kikis je kulitnya sikit-sikit.
Garam.

Cara-caranya:

Tumis bahan yang ditumbuk tadi. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar. Biar sampai pecah minyak. Masukkan ikan bilis. Biar sebentar. Kalau pekat, tambah air sedikit. Kemudian masukkan petai. Kacau dan perasakan dengan garam. Siap! 

Pssst....:

Untuk semua pembaca blog ini, minta tolong doakan buat kawan Cik Rose yang menjalani pembedahan petang tadi. Moga dipermudahkan segalanya dan cepat sembuh. Everybody at office miss you! 



Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
25 October 2016 at 19:59 ×

Pebret cik akak nie.telan air.liur jak.nga

Balas
avatar
admin
26 October 2016 at 13:14 ×

Tu dia.....sdoap ni ..teringat plak kisah petai...haha

Balas
avatar
admin
Anonymous
28 October 2016 at 21:20 ×

Sedapnya bila tengok gambar tu. Saya suka masak sambal juga tapi masih tak dapat agak jumlah cili kisar. Huhu selalu cari resepi yang ada sukatan. Kalau agak-agak ni saya tak pandai.

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment