Wednesday, March 22, 2017

LAZADA Suprise Box Sempena 5th Birthday yang buat Cik Rose betul-betul terkejut

LAZADA Suprise Box Sempena 5th Birthday yang buat Cik Rose betul-betul terkejut |Assalamualaikum semua. Korang baca tajuk pun dah tahu kan Cik Rose nak cerita bab apa. Suprise from LAZADA. Yeayyyy... 

Alkisahnya sejak beberapa hari yang lalu, rakan-rakan blogger updated tentang Suprise Box dari Lazada ni. Syoknya tengok barang-barang yang mereka terima. Dalam pada tu, Cik Rose pun berdebar-debar sama. Sabar menanti kejutan dari Lazada. Hihi. Suprise Box ni bersempena birthday Lazada yang ke 5. Wahhhh dah 5 tahun uols. Birthday Lazada, tapi Lazada yang bagi suprise kat Cik Rose. Ni yang sayang lebih Lazada ni.. Eh bestnya. Rasa macam birthday sendiri pulak. Alang-alang sebut pasal birthday ni, nak bagitahu Lazada yang Cik Rose punya birthday bulan Mei. Nak hadiah lagi boleh tak? Hahaha tak malu ye minta-minta hadiah!

Inilah dia Box Of Suprise dari Lazada tu. Besar kotaknya. Cik Rose is happy!



Ok, ni Cik Rose sertakan wajah Cik Rose yang terkejut dengan suprise dari Lazada. Lazada dah berjaya 'meng-suprise-kan' Cik Rose. Hikhik. Lakonan atau betul-betul ni? Korang nilaikan yer. 



Alhamdulillah, syukur. Nak tahu tak apa yang Cik Rose dapat? Jom sama-sama tengok apa yang Cik Rose dapat yer. Video unboxing suprise box Lazada dari Cik Rose.





Rajin Cik Rose ambil gambar satu-satu barang dan buat video unboxing suprise box dari Lazada ni. Mestilah ambil gambar, nak jadikan kenangan. Bukan senang nak dapat suprise hadiah macam ni kan. Barangan bernilai RM400! Terima kasih Lazada! You make me happy all the day. 



Ada Apa Dalam Suprise Box Sempena 5th Birthday LAZADA ?


Cik Rose rungkaikan satu persatu ya. Mana tahu korang pun berminat jugak kan nak barang yang sama macam Cik Rose ni. Sama-sama kita cuci mata di Lazada. 
Untuk pembaca blog Cik Rose yang tak dapat suprise box dari Lazada ni jangan sedih-sedih. Dah kata ada suprise dari Lazada kan, korang pun akan dapat juga. 

Macam mana nak dapat suprise dari Lazada?

Pada 22 hingga 24 Mac ini, Lazada mengadakan sale yang penuh dengan suprise. Jeng jeng jeng. Ada banyak diskaun. Ha untuk pencinta shopping online, inilah masanya nak shopping. Kita kena bijak memilih kan. Eh, eh, penjawat awam dah gaji pada tarikh sale ni kan? Ehem...ehem.. Apalagi, jom shopping sama-sama.


Macam mana caranya nak shopping di Lazada dan menikmati suprise?

Kali ni berbeza sikit. Korang pilih dulu barang-barang yang diingini. Kemudian kena check out. Masa check out tu, baru korang tahu nilai diskaunnya. Suprise for you! Suka tak, suka tak? Hikhik.


Jangan korang terkejut lebih-lebih tau. Hihi. Kali ni punya sale memang gempak!


Bestnya kalau Lazada buat sale macam ni selalu kan. Memang kerja nak shopping online je kalau gini. Lebih jimat dan berbaloi. Kita sebagai pengguna mesti nak yang terbaik kan. 

Buat Lazada, happy birthday! 


Nanti buat suprise lagi untuk Cik Rose yer. Birthday Cik Rose bulan Mei. Eh... Eh.. Hihi.


Klik link ini http:http://ho.lazada.com.my/SHNVMU 
untuk menikmati diskaun hebat yang membuatkan anda terkejut keriangan. Hikhik. 

Happy Birthday Lazada!

And

Thank you for this suprise box!

Cik Rose suka!


7 comments:

  1. tahniah ros
    Mcm mana leh dpt nih.
    Ktinggalan plak hiks

    ReplyDelete
  2. bestnye...semua hadiah pown best....suka la custom jeans tu....

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum rose...wah !! bestnya dpt hand bag n barangan yg lain juga...:)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  4. bestnya cik rose oi...

    arini ngn berjayanya akak mensupink di lazada, hrp2 cun lah jam tgn yg jd pilihan akka...

    ReplyDelete
  5. smartlah notebook bottle tu 😍

    ReplyDelete