TERIMA KASIH LAZADA | HADIAH HARI LAHIR CIK ROSE

March 27, 2017

Assalamualaikum.

Apa khabar? Moga semuanya sihat. Alhamdulilah, Cik Rose sihat. Sedikit sibuk minggu ini dengan tugasan-tugasan harian. Masih lagi mood happy ni. Apalagi, suprise box dari LAZADA lah. hihi. Sale dari 22 hingga 24 Mac haritu, korang sempat shopping tak? Berbaloi-baloi!

Ok, kat sini Cik Rose nak tunjuk sikit apa yang Cik Rsose dapat dari LAZADA tempoh hari. Yang pasti memang buat Cik Rose senyum lebar je. hihi. 


Rajin Cik Rose susun baik-baik. hihi. Masa dua tiga hari dapat, memang bersusun je. hihi. Sayang nak guna! Itulah sikap Cik Rose.Sayangkan setiap pemberian dari orang lain. Simpan dulu, baru guna. hikhik.

Ada bedak BB Cushion dari Maybelline. Ada Lipstick dari NYX. Ada Losyen dari Enchanteur. Eybrow kit dari Loreal. Memang mood melawa je sekarang. hahaha.


Selain tu, ada juga Booster Mist dari Eversoft. Coin purse dari Bonia. Pink! Sukanya.. Cantik sangat. Botol air dari LAZADA. Senang letak dalam beg. Yang menarik dapat set DIY jeans dari LEVIS. Boleh tampal di seluar jeans atau jaket. Beg dari Nichii. Biru warnanya. Cik Rose tak pernah ada lagi beg warna ni. Menarik! Ada juga Voucher kasut dari Carlo Rino. Yeayyy dapat sepasang kasut. Cik Rose memang pakai kasut Carlo Rino pergi kerja. Selesa. Selalu kalau nak beli, cari yang harganya RM99. Tak ambillah yang seratus ke atas. hihi. Ni dah dapat voucher, bolehlah Cik Rose pilih kasut idaman hati. Alhamdulillah. Terima kasih LAZADA! 


Terima kasih lagi sekali LAZADA. Cik Rose rasa macam birthday sendiri pula. Sebab dapat suprise box ni. Walaupun birthday bulan Mei. hikhik. 

Nanti, buatlah lagi suprise macam ni. Cik Rose suka.! hihihi.







You Might Also Like

3 comments

  1. Untung sape2 yg dpt menang surprise gift dari lazada eheh

    ReplyDelete
  2. wahh bestnyaaaa...berbaloi2 dpt tebus voucher carlo rino tu

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS