Wednesday, September 20, 2017

DOA KETIKA HUJAN

Assalamualaikum dan selamat petang semuanya. Apa khabar? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Sehari dua ni agak risau bila mendengar perkhabaran mak di kampung tak berapa sihat. Alhamdulillah, hari ni dah bertambah baik. 

Seminggu dua ni, kerap hujan. Adakala waktu pagi, petang atau tengah malam. Moga baik-baik saja semuanya.

Di sini, Cik Rose kongsikan doa buat semua. Waktu hujan adalah saat mustajab berdoa, maka ambil peluang ini. Moga hujan yang turun adalah hujan yang bermanfaat. 



*Cik Rose ambil dari facebook,, terima kasih kerana sudi berkongsi doa ini ya. 

Selebat hujan yang turun, begitu jugalah lebatnya air mata yang berguguran. Eh Cik Rose ni. Jangan nak buat drama. hahaha. alaaaa baru nak bermadah. Cik Rose ni suka je bermadah di blog, facebook dan twitter. Alaa, madah biasa-biasa saja. Tapi, tidaklah bermadah hal peribadi.  Cik Rose ni suka menulis. Ada impian menulis cerpen dan novel. Tapi, belum kesampaian lagi nak habiskan satu cerita. Cuma sajak sahaja yang ada. hihi. Untuk menulis ni, Cik Rose mencari idea dengan cara tersendiri. Tak adalah Cik Rose berangan 24 jam. hihi. 

Mencari Idea.
Kita berbeza-beza kan. Mana ada yang sama seratus peratus. Sebab tu Cik Rose tak setuju bila ada yang cuba mempertahankan diri bila dikatakan telah meniru sesebuah penulisan. Dah terang-terangan meniru, dikatanya pula kebetulan. Oh, kebetulan sangat kan. Terbaiklah macam tu. Jangan cuba menegakkan benang yang telah basah tu. Apa kata, keringkan dulu benang tu. hikhik. 



p/s : Ada lagi ke yang tak tahu entry blog boleh dijadualkan? Untuk makluman, kita boleh menulis pada bila-bila masa, dan setkan post tersebut pada taikh dan masa tertentu. Terpaksa juga terangkan sebab ada yang masih tak tahu dan telah salah anggap. Mohon untuk memahami. Terima kasih. Hihi. (baca dalam nada yang santai, yer) Hihi. 


2 comments:

  1. kalau doa untuk turun hujan pula mcm m ne ? hehehhee

    ReplyDelete
  2. minggu ni boleh dikatakan hari-hari hujan kan. sejuk bumi. jomlah kita berdoa selalu :)

    ReplyDelete