Monday, December 18, 2017

REVIEW | Next To Nothing Face Colour And Powder dari Mac



REVIEW | Next To Nothing Face Colour And Powder dari Mac . Assalamualaikum. Dah agak lama entry ni duduk dalam draft. Jadi, kali ni kita publish. hihi. Foundation dan Compact Powder dari Mac. Hadiah dari kakak Cik Rose, Kakyang. Thank you. Nanti bagi lagi. hihi. Hadiah birthday masa 09 Mei 2017. Mula-mula dok cuba-cuba compact powder, sekali memang Kakyang bagi as a gift. Gembiranya rasa hati. 

Cik Rose ni bukannya pandai sangat bab-bab make up tau. Jarang 'berfoundation'. Sekali dapat foundation gini, mahu tak seronok. Sebelum ni pakai foundation dari Charms je. Sesuai dengan kulit Cik Rose. 

Inilah dia Next To Nothing Face Colour :



Sedikit ringkasan produk yang Cik Rose ambil dari website MAC Cosmetic:

Satu balsam cecair nyaman diperkaya dengan bahan-bahan berkhasiat dan mikrosfera berwarna-warni untuk keserian muda yang menyala dari dalaman. Krim bertinta jelas ini boleh digunakan atas atau bawah produk asas, atau untuk memberi kilauan lutsinar pada kulit. Tekstur yang berkusyen licin meluncur ke atas kulit, mengurangkan cela dan garisan halus, sambil melembapkan dan melindungi kulit. Kulit kelihatan seperti diperbaiki.

Harga : RM 160.00. Korang boleh beli terus ke Mac Cosmetic berhampiran atau terus dari website.


Yang Cik Rose punya ni kod Light Plus. Sesuai je dengan kulit Cik Rose. Yang bestnya, bila pakai foundation ni rasa macam tak pakai apa-apa. Natural look gitu. Ala-ala Nora Danish. Eh perasan kejap. Hihi.



Next To Nothing Powder / Press
Dah ada foundation, set pula dengan bedaknya. 
Harga : RM130.00
Kod warna : Light Plus


Sedikit ringkasan produk yang Cik Rose ambil dari website MAC Cosmetic:


Formula berkrim ringan yang memberi aplikasi kekal lama, keselesaan tinggi. Tekstur bak sutera lembut menampilkan penggalak cahaya mikro yang menjamin wajah seri sihat - tiada penapis diperlukan! Menhasilkan cahaya berfokus lembut. Memberi liputan yang boleh dibina dari jelas sehingga sederhana dengan kemasan berseri semula jadi.


Teksturnya halus. Nak tahu tak, kod warna ni ialah Light Plus tapi ia tak menjadikan muka kita putih melepak. Warnanya bagi Cik Rose tak merubah warna asal kulit wajah Cik Rose. 


Kalau nak beli sendiri, mungkin Cik Rose berkira-kira juga kot. Alhamdulillah rezeki dapat hadiah. 

Sekarang tengah dok memikir nak beli lipstick Mac pula. Aishhh cantik-cantik warna yang ada. Terutama jenis matte tu. 

Serius, Cik Rose suka tengok orang yang pandai make up natural tau. Nampak je macam tak make up, tapi sebenarnya make up. Cantik! Macam Nora Danish, Juliana Evans dan ramai lagi. Nak belajar make up juga, tapi belum berkesempatan. 



4 comments:

  1. dap..dap sikit pun dah terus cantik kan , CCL pun tak berapa gemar pakai makeup tebal-tebal ni ,,kang bercapuk malulah

    ReplyDelete
  2. sy suka produk mac...lipstik powder eyeshadow....mist tu wajib beli...

    ReplyDelete
  3. wahh dapat hadiah bestday rupanya. pernah juga try bedak jenis ni dulu tapi sekejap la. dah habis kira habis la hehe

    ReplyDelete