Sunday, July 22, 2018

Tanam Bunga Bukan Sekadar Hobi, Tapi SATU TERAPI Buat Diri

Tanam Bunga Bukan Sekadar Hobi, Tapi SATU TERAPI Buat Diri. Assalamualaikum. Agak lama ak menulis perihal bunga-bunga di Mini Garden Cik Rose. Hingga ada yang merajuk ni. Aduhai, bunga ku syaang, jangan merajuk lama-lama. 

Untuk makluman sebulan dua ini Cik Rose sedikit kalut. Perihal perpindahan rumah. Kena berkemas-kemas, dengan bulan puasanya lagi, dengan nak raya lagi, dengan suami kena tugas luar. Tu yang kalu semacam. 

Tapi, nasiblah pasangan macam Superman. hih eh terpuji pulak. Takpe, puji suami sendiri, bukan suami orang. opsss.. 

Bayangkanlah di balkoni Cik Rose ni ada banyak bunga, dengan rak lagi, dengan pasu yang besar-besar lagi. Bukan mudah nak bawak turun dari tingkat dua ke blok lain, pulak tu ke tingkat tiga. Tapi, he did it! Thank you husband. 

Tadaaa.... kedudukan bunga-bunga di balkoni rumah baru. 


Geramnya tengok bunga merah ni. Hihi. Ada yang cakap tu bunga double carnation, yeke?... Tapi, Cik Rose suka tau bunga ni, senang nak dijaga... 


Bunga Daisy merajuklah pulak. Pindah rumah baru, tak nak berbunga lagi. Tapi, masa gambar ni di ambilla. Hari ni, alhamdulillah dah berbunga setelah dibaja dan diberikan kasih sayang. hahaha..

7 pasu kesemuanya bunga dasiy dengan pelbagai warna. Masa nak pindah,suami Cik Rose siap tanya, nak bawa semua ke atau nak tinggal separuh? Oh mana boelh tinggal.. kesian dia. hihi. Gnilah kalau dah sayang kan. Tak sampai hati. Mana boleh tinggal, sedih dia nanti. Ingat lagi masa beberapa pokok daisy Cik Rose hampir mati. Ada yang diserang serangga dan ada yang layu dek kerana Cik Rose balik kampung lama masa tu. Di saat dia hampir mati, Cik Rose siram macam biasa, belikan ubat spray, baja.. Cakap-cakap dengan dia, dan akhirnya berkembang semula. Dah tentulah sayangkan.. 


Bunga Orkid yang tak pernah mengecewakan Cik Rose. Walau panas, walau hujan, tetap berbunga dengan jayanya. I love you lah gini! Alhamdulillah, ada 6 pasu kesemuanya. Moga terus berbunga dan bertahan..

Terima kasih mak sebab bagi bunga-bunga ni. Akan Ieja jaga sebaiknya. 


Pokok bunga Ros pula ada 5 pasu. Masa gambar ni di ambil baru nak berputik bunganya. Bellum berkembang. Hari ni, dah mula berkembang. 

Satu bunga ros putih, satu bunga ros merah, satu bunga ros bandung dan 2 bunga ros pink. Cuma bunga ros putih sahaja yang wangi. Yang lain, tak ada bau. Semua Cik Rose sayang. Ada juga  yang hampir mati.. Bunga Ros ni dia manja sikit. Lebih air tak boleh, kurang tak boleh. Kena sedang-sedang ajer. hihi. 


Kasi zoom sikit, orkid putih.. Lawa bunga ni, di sebalik putih tu, terselit warna ungu lembut jer di tengah-tengah.. 


Orkid purple.. Warna kesukaan Cik Rose.. Yang ni  bunga dia besar-besar, puas tengok.. 


Yang ni pun purple, tapi jenis kerinting kecil-kecil. Eh sebenarnya banyak orkid Cik Rose berwarna purple. hihi.


Sebelum ni dengar orang cerita nak jaga orkid susah. Tapi, bila dah cuba sendiri, Alhamdulillah. Cik Rose mampu jaga. Banyak kena bereksperimen. Setiap bunga ni lain tau cara penjagaannya. Tak boleh nak ikut 100% cara penjagaan dari orang lain. Kena cuba dan sesuaikan. Tengok macam mana hasilnya.


Tak banyak ragam, tu yang bertambah sayang. Tak manja sangat, boleh berdikari. hihi,.


Inilah bunga Ros putih yang Cik Rose cakap tadi. Wangi tau bunga ni. Adik Cik Rose suka. Kalau dia datang, dia suka cium bunga ni. 


Bunga Ros, kalau kena gayanya, banyak dia berbunga. Tapi, kena hati-hati. Kadang-kadang naik bunga banyak, tapi tak nak berkembang. Jangan risau, kalau jadi macam tu, Cik Rose tambah baja. hihi. Tengokla esoknya berkembang semua! Hihihi.


Putih suci. Sepanjang jaga bunga ni, ada yang Cik Rose petik kalau berbunga. Ada yang Cik Rose sayang nak petik, tunggu sampai layu bunganya. hihi.


Hampir setahun setia dengan bunga-bunga ni. Menanam dan menjaga bunga bukan sekadar hobi bagi Cik Rose. Lebih kepada terapi minda. Rasa tenang melihat bunga-bunga yang berkembang dan dedaunan yang hijau. 

Menjaga bunga juga membuatkan Cik Rose banyak membaca dan banyak belajar. Kena tahu juga teknik penjagaannya. Alhamdulillah, ada rakan yang sudi berkongsi ilmu. Dan Cik Rose suka juga baca blog tentang penjagaan bunga. Malah, di instagram pun Cik Rose ada follow beberapa individu yang mempunyai minat yang sama. Seronok bila tengok dorang berkongsi gambar bunga yang cantik-cantik..

Nak jaga bunga kena displin, tak boleh hangat-hangat tahi ayam. Eh Cik Rose ada dengar yang orang cakap tanam bunga ni nanti ada nyamuk. Ishhh marah jadinya Cik Rose. Helloooo, Cik Rose jaga bebaik tau. Takdenya jadi sarang nyamuk. Elok je bunga-bunga ni, takde pun air bertakung ke apa. Jangan nak cakap jer yer. Cuba tanam dulu bunga.. Cik Rose bela bunga, bukan bela lalang. hihi.. Teremosi pulak. 




"The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched ~ they must be felt with the heart."


15 comments:

  1. bagusnya. mek suka jugak tp kekangan masa so tk sempat nk tengok tengok bunga. balik dh malam. hukhuk

    ReplyDelete
  2. Cantik3.
    Jadi terapi mata dan minda.

    ReplyDelete
  3. Akak pun ada tanam pokok orkid tu tapii hm tak berbunga pun lagi. Maybe sebab duk tempat lapang sangat kot

    ReplyDelete
  4. Suka tgk mini garden cik rose....rietta masih tercari cari pokok bunga burung mcm cik rose tu...dah dpt sepokok, rupanya xsama, yg rietta dpt tu, jenis lain, jenis xberbunga kata org....

    ReplyDelete
  5. Akak tengok bunga yang Rose tanam ni akak pulak geram tengok. Macam akak tak tahulah tangan ni kenapa. Setiap kali tanam je mesti cepat mati.. Hahaha

    ReplyDelete
  6. Cantiknya la bunga2 kak rose.. Mekar elok.zaza biasa mak dan ayah la yg rajin tanam2 bunga ni.. Paling byk bunga kertas.. =)

    ReplyDelete
  7. cantiknyeee..rase puas bile die elok berkembang dengan jayanya di waktu pagi kan sis..syok klu ade tanah

    ReplyDelete
  8. memang tenang bila tengok bunga..lagi kalau tersusun rapi elok je..memnag jadi terapi awal pagi dan petang

    ReplyDelete
  9. Seronok tengok bunga kembang2 gini..Tapi akak memang tak pandai jaga bunga..Akak suka bunga yang bau dia kuat tu..macam bau bedak..bunga melur rasanya kot..hahah..dulu ada pokok dia kat tepi rumah..Malam2 bau dia sampai masuk dalam rumah la..

    ReplyDelete
  10. Kalau yg minat mmg terapi...kalau jenis mcm Sally...serabut rasa...hahaha..limited ruang pun nmpk kemas je

    ReplyDelete
  11. Ni kalau mak cik renex datang umah Cik Rose msti dia suka. Mak mmg suka bunga dan stuju dengan quote yg menanam bunga ni mcm terapi minda

    ReplyDelete
  12. Cantiknya pokok-pokok ni segar pula tu. Memang best bila tengok tanaman kita hidupkan

    ReplyDelete
  13. Cantik bunga2 cik rose. Kami ni semangat ja ada tapi belum terlaksana lagi..

    ReplyDelete
  14. Cantik nyer your orkid. Ya tanam bunga can be quite therapeutic as it helps to destress and also beautify the home.

    ReplyDelete