PERIA GORENG BERTEPUNG

January 31, 2013




Selamat pagi. Alhamdulillah kita semua masih bernafas di Bumi Allah.

Tiba-tiba teringatkan peria goreng tepung yang saya makan tengahari semalam. Alkisahnya, cafe kat office saya ni tutup semalam. Dia main tutup suka hati dia je, tak bagi notis. Jadi, kitorang semua kenalah cari makan kat luar kan.. Memang malas sangat nak keluar makan tau. 

Saya pun ikutlah member office keluar beli makan. Tiba-tiba nampak sesuatu yang tak pernah saya nampak. Kesian kan. Dah 24 tahun ++, tapi tak pernah makan peria goreng tepung. hihi.. Sekali tu, saya pun ambil lah sikit kan. Mak ai, bila dah balik office makan, rasa macam tak cukup. Sedapnya. Dia rasa pahit-pahit sedap. hihi.. Selama ni, kalau sayur peria saya masak goreng tumis bercili  biasa tu je, campur udang sikit kan.. Tak pernah masak yang bertepung ni. Rupanya baru saya tahu, ni masakan style mamak.. Fuhh, sedap :)

Tak sabar nak balik petang ni, nak beli peria. Wah semangat. Baru je sampai office, dah fikir nak balik.. hihi..




p/s : Bila search kat google, macam resepi ada untuk bancuhan tepungnya..





You Might Also Like

23 comments

  1. peria goreng selalu mkn dgn nasi kandar. mmg sedapppp.. ;)

    ReplyDelete
  2. oh ader ker? tk prnh try lg

    ReplyDelete
  3. peria goreng? mmg xpernah mkn..

    ReplyDelete
  4. aku pun suka peria goreng...

    memang sedap...

    ReplyDelete
  5. peria goreng?? my hubby's favourite ni. kalau g kedai mamak mesti dia akan amik sayur ni

    ReplyDelete
  6. wah elfirah baru hari nie dengar peria goreng ....adoi terliur , peria biasa pun elfirah x makan hehehehe...

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi mkn peria goreng tepung..samalah..biasa ktorang masak peria goreng tumis jer...

    ReplyDelete
  8. Kakak pun suka peria. Masa goreng tu Ros campur sikit serbuk kunyit dan bawang putih pada tepung tu sedap kan. Kakak suka.

    ReplyDelete
  9. ea???ayut pon tak pernah tahu.... ==!

    ReplyDelete
  10. dulu orang cakap peria pahit .. tak bernani nak makan .. lani akak boleh makan peria ngan sambal belacan lagi sedap...

    ReplyDelete
  11. Baru cakap pasal benda ni 2 hari semalam masa makan tosei kat kedai mamak huhu...

    ReplyDelete
  12. Salam. Akak selalu makan pria goreng buat snek. kudap kudap sambil buat kerja.. sedap..

    ReplyDelete
  13. peria tu hiris nipis2 kan buh tepung... penah rase jugak...

    ReplyDelete
  14. penah makan.mmg suka peria sbb pahit2 tu ler..hihi

    ReplyDelete
  15. serius nur mmg xpernah mkn..
    selalu mak buat ulam je..tapi nur xmakan...
    sebab pahitt..hihihi

    ReplyDelete
  16. Bru thu ari ni. Dulu kecik2 mkn raa pahit die xleh terima dek tekak. Sayur lain pahit xpe. Eh mcm nk try la..

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS