PENYESALAN... - INILAH REALITI

Wednesday, 30 October 2013

PENYESALAN...



Selamat petang kawan-kawan semua.. 

Apa khabar?.. Harapnya semua berada dalam keadaan baik sahaja.. 

Semalam tak ada entry.. Hari ni pun lewat sikit.. Dah petang dah pun.  Kekangan waktu yang menghimpit, di samping gelora jiwa yang menerjah..

Seperti tajuk di atas. PENYESALAN. Petang ni nak bercerita mengenai penyesalan. Pernah tak korang menghadapi situasi ni?.. Pernah tak rasa menyesal selepas apa yang korang buat?.. Selepas keputusan yang korang ambil?.. Selepas jalan yang korang pilih?..

Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tiada berguna

Betul ke?.. 

Puan blog sedang mengalami perasaan ni sejak dua hari ni.. Ya Allah, jauhkan aku dari perkara yang tidak baik.. Jangan kau bolak balik kan perasaan ku ini kepada perkara yang tidak baik.. Tetapkan hati ku ini Ya Allah...

Dalam setiap apa yang kita lakukan, kita harus bertanggungjawab. Walau apa pun kesannya nanti. Jalan ini, kita yang memilih.. Jangan salahkan sesiapa, jangan salahkan keadaan sekeliling...


p/s: Moga dipermudahkan kawan saya, Siti untuk melahirkan anaknya yang pertama.. Tunggu hari je ni.. Orang Sarawak..  Excited belikan baju baby girl. Padahal, Siti pun tak tahu jantina baby dia lagi . hihi..
 
 
 

 

6 comments:

  1. semua orang takkan lari dari melalukkan kesilapan kan, lebih baik sesal dahulu, sebelum sesal kemudian..Kalau terlambat sangat, takut tak boleh diperbaiki

    ReplyDelete
  2. ros sabar yer...perasaan macam tu memang adakalanya akan datang singgah kat kita manusia ni... anything, i'm here for you darl...

    ReplyDelete
  3. sabar je..kekadang perasaan itu timbul ada banyak sebab

    ReplyDelete
  4. fae pu berperang ngan this regret feeling lately. anyway, let bygone be bygone.

    ReplyDelete
  5. noe pernah rasa menyesal sampai skang...tp nk wat camne kan...hidup mesti diteruskan...semoga hari mendatang memberi sinar kebahagiaan..

    ReplyDelete
  6. pernah je rasa perasaan yg mcm ni.. tp nak buat mcm mana.. terlajak perahu boleh la diundur.. huhuhu....lps ni kena lebih berhati2 dlm membuat keputusan atau apa2 tindakan pun..

    ReplyDelete